Tuesday, June 29, 2010

pagi, petang, siang, dan malam...

Di awal pagi masih lagi gelap suasananya,
Bintang-bintang masih jelas kelihatan nun di atas sana,
Bulan kian jatuh di ufuk timur sana,
Mentari perlahan-lahan menyerlahkan sinarnya,
Embun pagi kian menghilang bersama bayunya,

Sang mentari kian meninggi,
Terasa bahangnya membakar diri,
Warga-warga kerja pergi merehatkan diri,
Kalo pekena teh o ais sodap ni,
Ada yang menunaikan tanggungjawab terhadap Ilahi...

Angin petang kian terasa,
Anak-anak kecil seronok bermain bersama-sama,
Pekerja-pekerja pulang semula ke halaman untuk berjumpa keluarga,
Burung-burung pun turut pulang ke sarangnya,
Matahari kian jatuh di ufuk barat sana,
Langit senja kian menjelma,
Dapat dilihat cahaya merah di kaki langit ciptaan Yang Maha Esa...

Bintang-bintang kembali menjelma,
Bulan turut mengindahkan suasana dimalam hari,
Langit kembali cerah seperti sedia kala,
Ketenangan malam kain dirasa oleh diri,
Angin sejuk amat menenangkan jiwa,
Itulah ia putaran bumi ciptaan Ilahi,
Masih adakah hari esok untuk kita...

Monday, June 28, 2010

besaq dah...

dah besaq dah anak dara ni... 6 bulan tak jumpa...anak buah gua... PUTRI BALQISH BINTI AHMAD PUTRA... 2 tahun 3 bulan... cakap bnyak nak mampuih... aktif btul... budak-budak zaman sekarang... huhuhu...


PEACE NO WAR BRO !!!
pada 26 Jun yang lalu, telah berlangsung majlis konvokesyen Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di Dewan Sri Negeri, Melaka... besss... perjalanan yang tak membosankan... terbaik la...

siang amek sijil, malam ada dinner...makn masakan Melaka dan Negeri Sembila... asam pedas dan masak lomak... menyesal aku pi letak kuah asam pedas mcm aku letak kuah sayur... smpai bnjir... pedas nak mampus...


kepada anak2 dara... pilih la mana2 anak teruna di atas ni yg anda suka... hehehe...


lepas tu, keesokkan harinya... kami sempat lgi berjalan-jalan di bandar hilir...


di atas kapal replika... nama apa ntah kapal tu...

selamat sampai di rumah pada jam 12.05 pagi... 28 Jun 2010... alhamdulillah...

Thursday, June 24, 2010

keindahan pagi...

Dikala aku terjaga dari tidurku,
Ku terus membuka mata ini,
Terasa sungguh sepi di halamanku,
Itulah ia keheningan pagi...

Aku melangkah kaki ke pintu rumahku,
Lalu ku buka pintu yang berwarna merah jati,
Terasa nyaman sekali di tubuhku,
Itulah ia hembusan bayu pagi...

Ku lihat pokok-pokok semuanya segar-segar belaka,
Seolah-olah baru disiram sebentar tadi,
Air yang berada di daun amat menyejukkan jiwa,
Itulah ia embun pagi...

Aku menarik nafas panjang tak terhingga,
Sambil muka ku terasa menghadap mentari,
Terasa cahayanya menusuk jiwa,
Itulah ia sinar pagi,
Bagus untuk kesihatan diri,
Kerana ia mengandungi vitamin D...

Di saat aku menikmati keindahan pagi,
Menikmatinya dengan penuh syahdu sekali,
Terdengar suara memanggil diri ini,
“Woi !!! Pi mandi woi... dok watpa kat tengah-tengah jalan pagi-pagi buta ni...”
Sungguh memotong mood jiwang sekali,
Sabar saja la di hati...

Wednesday, June 23, 2010

maksud sebenar mungkir janji

Bismillahirrahmanirrahim...

seperti yang sedia maklum, tidak bergelar seseorang itu orang munafik kecuali cukup tiga syarat ini, iaitu...

bila bercakap ia berbohong,
bila berjanji ia mungkiri,
bila diberi amanah, ia pecah...

apa yang saya hendak bincangkan di sini hanyalah bila berjanji ia mungkiri...

maksud sebenar memungkiri janji sebenarnya bukanlah terletak 100% pada situasi di mana sesuatu janji dilafazkan oleh seseorang, tetapi tidak dapat ditunaikannya...

tetapi maksud sebenar memungkiri janji ialah dimana saat seseorang itu melafazkan janji dan dalam pada yang sama dia sudah berniat dalam hati yang dia tak akan menunaikan janji tersebut tanpa ada usaha langsung untuk menunaikannya...

jika seseorang itu tidak dapat menunaikan janji padahal dia telah berusaha sedaya upaya untuk memenuhi janjinya, itu tidaklah dikira mungkir janji...

hanya ALLAH yang tahu apa yang terlintas di hati pada setiap hambaNYA...

oleh itu, kalau berjanji, usahalah sedaya upaya untuk menunaikannya, kalau tidak yakin sama ada dapat memenuhi janji tersebut... katakan INSYA ALLAH... sesungguhnya ALLAH maha mendengar lagi maha mengetahui....

wallahua'lam...


p/s: gambar tiada kaitan dengan topik.... hehehe...

Tuesday, June 22, 2010

senyumlah :-)

Dikala aku keresahan dan kebuntuan,
Dan aku melihat ukiran senyumanmu,
Terasa diriku bagai di awangan,
Kerana senyumanmu menenangkan kalbu...

Ketika banyak masalah melanda,
Janganlah terus gelabah dan berduka,
Bukalah hati menerima ketentuanNYA,
Dengan mengukir senyuman ceria...

Ada kalanya disaat bahagia,
Ada kalanya disaat bertelingkah,
Walau apa pun jua keadaannya,
Ukirlah sentiasa senyuman ikhlas di wajah...

Senyuman ikhlas banyak faedahnya,
Boleh membuatkan orang marah jadi suka,
Bisa memadamkan api yang bergelora di jiwa,
Mampu mencairkan hati yang keras kepala...

Senyum itu satu sedekah,
Sedekah yang amat bernilai disisi ALLAH,
Murahkanlah senyuman di wajah,
Semoga kita sentiasa mendapat barakah...

Senyumlah sentiasa walau di mana jua,
Kerana ia akan menyihatkan ada,
Ia juga akan memberi satu tanggapan kepada semua,
“Budak ni senyum je memanjang, gila ka...”
Biarlah senyumanmu kena pada tempat dan masa...

Senyum itu tanda kekuatan,
Senyum itu tanda keikhlasan,
Senyum itu tanda kemesraan,
Senyum itu untuk semua makhluk Tuhan...

Senyumlah sentiasa kepada semua,
Senyumlah seikhlas yang ada,
Senyumlah semanis kurma yang tersedia,
Senyumlah jua kepada orang tua dan wanita,
Kerana mungkin ia akan mencairkan hatinya...(hehehehe...)

Sunday, June 20, 2010

Rahsia jari-jemari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?





~sumber di petik dari www.virtualfriends.net, penulis DilaDellila

~I Love Islam.com.my

Friday, June 18, 2010

Kelebihan berwudhu'

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini”.

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”

Penjelasan nombor 8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Selain itu, air sembahyang bagus untuk diminum kerana boleh menyembuhkan penyakit di badan dengan izin ALLAH.
Sisa-sisa air sembahyang yang mengalir di muka, tangan, atau kaki boleh digunakan untuk berubat.



Wallahua'lam.

Mengqadakan solat

Solat merupakan salah satu perintah agama yang mempunyai pengkhususan tempoh perlaksanaannya. Ia mempunyai waktu-waktu yang telah diatur dan ditetapkan oleh ALLAH s.w.t., firmanNya yang bermaksud: “ Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya. “ (Surah al-Nisa’ 4:103)

Apabila perintah ibadah solat itu dilaksanakan pada waktunya, dinamakan sebagai al-ada’ dan apabila solat dilaksanakan di luar waktunya disebut sebagai al-qada. Secara lebih mendalam, qada didefinisikan sebagai:

“ Melakukan sesuatu amalan yang diwajibkan selepas waktunya atau melakukan solat selepas waktunya yang telah ditetapkan. “

Sebab yang membolehkan qada solat adalah kerana tertidur dan terlupa. Kedua-duanya situasi ini adalah dimaafkan bagi seorang yang tidak solat pada waktunya. Hendaklah dia mengqadakan sejurus dia terjaga atau teringat, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.: “ Sesiapa yang lupa untuk solat atau tertidur, hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Tidak ada hukuman selain daripada itu. “ (Riwayat al-Bukhari no.572 dan Muslim no.684)

Ibn Hajar al-Asqalani dalam surah al-Fath ayat 11 dan 71 ketika menerangkan makna hadis ini berkata: “ Kewajipan mengqada solat atas orang yang sengaja meninggalkannya adalah lebih utama kerana hal itu termasuk sasaran (khitab) pemerintah untuk menunaikan solat dan dia harus melakukannya. “

Dapat difahami daripada ulasan Ibn Hajar bahawa betapa oaring yang terlupa dan tertidur diperintah untuk mengqada solatnya apatah lagi orang yang sengaja meninggalkannya, maka lebih wajib dan utama untuk menggantikan solatnya.

Hadis di atas juga menerangkan bahawa mereka yang tertinggal solat kerana terlupa dan tertidur tidak berdosa tetapi wajib menggantikannya. Manakala mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja, dia berdosa besar kerana kesengajaannya meninggalkan solat namun kewajipan qada tetap perlu dilakukan.

Sewajarnya mereka yang masih belum selesai ‘hutang’ mengqada solatnya, maka rebutlah peluang semasa masih ada umur sebelum tibanya kematian. Sesungguhnya ALLAH MAHA PENYAYANG kepada hamba-hambanya. Wallahua’lam.


Jannah disebalik Musibah

Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila si ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak. Misalnya, anak yang baru belajar merangkak, merangkak di tepi tangga. Dia akan menangis jika dihalang… Mengapa?

Fikiran si anak yang masih kecil tidak boleh menjangkau kebimbangan si ibu. Si anak hanya tahu hendak main sahaja, tanpa mengetahui bahayanya bermain di tepi tangga. Jangkauan fikiran sianak masih cetek dan pendek. Sebaliknya, siibu yang melarang dan menegah sudah nampak bahaya yang bakal berlaku.

Satu ketika yang lain, si anak sakit. Si ibu menyuapkan ubat. Anak meluahkannya semula. Pahit. Tetapi puas ibu memujuk, itu ubat. Si anak masih berdegil, lalu si ibu memaksa anak meminum ubat itu dengan cara yang lebih keras dan tegas.

Begitu kita dengan Allah (walaupun sebenarnya nisbahnya terlalu jauh). Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak.

Namun contohilah orang beriman. Apabila Nabi saw menyampaikan perintah Allah, para sahabat akan terus berkata, “kami taat dan kami patuh” walaupun adakalanya perintah itu sangat sukar dan pahit. Dan apabila berlaku satu musibah, para sahabat akan berkata, “telah berlakulah janji Allah.” Mereka bukan insan tanpa perasaan dan fikiran, tetapi apabila iman mendominasi hati, fikiran dan perasaan dipaksa tunduk kepada ketentuan Ilahi.

Bila datang perintah, orang beriman akan memberi respons yang telah digambarkan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Hanyasanya ucapan orang beriman apabila diperintahkan melakukan sesuatu ialah kami dengar, kami taat.”
Manakala apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata:
“Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”

Mereka yakin setiap perintah Allah seperti solat, puasa, sabar dan sebagainya itu semuanya bermaksud baik belaka. Dan mereka juga yakin setiap musibah seperti kematian, kesakitan, kegagalan, kemiskinan dan sebagainya, pasti ada hikmah di sebaliknya. Justeru, jika kita ingin menteladani mereka, paksalah diri supaya akur dengan setiap perintah dan menerima dengan sabar setiap musibah. Yakinlah, bahawa Allah swt inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat kita dengan segala perintah dan musibah-Nya.

Namun begitu, mengapakah masih ramai manusia yang tidak patuh pada perintah dan tidak sabar dengan musibah? Ini semua kerana kurangnya ilmu dan lemahnya iman. Dengan ilmu kita sedar setiap musibah ada hikmahnya. Dengan iman kita boleh menteramkan hati dengan mengingati Allah. Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.”
(HR Ibnu Majah (no: 1597)

Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui?

Alangkah malangnya si anak yang meluahkan ubat yang disuapkan ibunya… Namun lebih malang lagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang “dihadiahkan” oleh Tuhannya! Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu. Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu.

Justeru, jika sekarang aku, kau dan kita dilanda musibah… cubalah tersenyum (walaupun pedih amat), kenang-kenangkan bujukan Allah. Mudah-mudahan kita mendapat jannah (syurga) di sebalik musibah ini! Amin.

Wallahua’lam

~Majalah Solusi keluaran Mei 2010 muka surat 6~

~Pahrol Mohamad Juoi~




salah mentua, salah menantu

Kisah antara dua watak. Bapa mentua yang amat kuat bekerja tetapi malas solat dan menantu pula kuat makan tetapi malas bekerja.

Bapa mentua ingin menegur menantunya yang malas bekerja. Dia mengajak menantunya untuk bermain dam. Dalam permainan itu, si bapa mentua memberi peluang kepada menantunya untuk "makan".

Setiap kali menantu "makan", si bapa mentua berkata "Tahu makan aje , kerja malas..."

Selepas beberapa kali disindir, menantu memberi peluang kepada bapa mentua untuk "makan" dan "naik haji".

Setiap kali naik "haji", menantu akan berkata "Kerja naik haji je... solat malas..."

Akhirnya kedua-duanya menyedari kesilapan masing-masing.


gambar ni x dak kaitan dengan crita di atas... saja bubuh je... huhuhu...

Thursday, June 17, 2010

tangga gimnasium percuma

aku dah tahu... patut la ada seorang sahabat aku dok post bab tangga gimnasium percuma dalam facebook...

aku ingat dia saja reka, rupanya ada betul-betul... hahaha...

lawak jugak aku tengok... ni aku dapat di hospital kepala batas...

Bacaan Dalam Solat Surah al-Fatihah

Membaca surah al-Fatihah adalah salah satu rukun solat. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Tidak sah solat bagi yang tidak membaca al-Fatihah" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Jika sesiapa meninggalkan bacaan surah al-Fatihah, maka solatnya akan batal.

Rasulullah s.a.w. meriwayatkan bahawa ALLAH berfirman yang bermaksud: "Aku bahagikan solat antaraKu dan hambaKu kepada separuh, dan bagi hambaKu apa yang dipintanya..."





Hamba : segala pujian bagi ALLAH, Tuhan semesta alam

Khalik: hambaKu telah mengingatKu

Hamba : maha pemurah lagi maha penyayang

Khalik: hambaKu telah memujiKu

Hamba : yang menguasai hari pembalasan

Khalik: hambaKu telah mengagungkanaKu

Hamba : hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau kami meminta
pertolongan

Khalik: hambaKu telah memuliakanKu

Hamba : Tunjukilah kami ke jalan yang lurus

Khalik: ayat ini antara Aku dan hambaKu, dan hambaKu berhak atas apa yang ia minta

Hamba : (iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan
(jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

Khalik: ini semua untuk hambaKu dan hambaKu berhak atas apa yang dia minta

Wednesday, June 16, 2010

Hikmah Musibah

"apabila ALLAH menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek."

~SOLUSI keluaran May 2010~




kata-kata tu ada di page depan majalah solusi keluaran may 2010... aku terperasan kat atas meja mak aku... tulis la dlm blog... nak update sja... padahal aku x baca pon majalah solusi tu... kuang3... hehehe... jadi la baca page depan ja... -^_^-

Saturday, June 12, 2010

duit, money, fulus

Happiness needs sadness.
Success needs failure.
Benevolence needs evil.
Love needs hatred.
Victory needs defeat.
Pleasure needs pain.
marriage needs money.




hehehe... yang line last tu aku tambah sendiri... saja tambah...hahaha...
kata-kata tu aku dapat dari kawan aku... dia hantar mesej...
saja letak dalam blog...duit, duit, dan duit... hehehe...




kasut adidas aku lekang tapaknya... huhuhu... kena repair la jawabnya...
duit lagi... huhuhu...

Friday, June 11, 2010

jadual world cup time Malaysia

dengan adanya jadual ini... boleh la aku merancang hidup aku di kala demam world cup ni dengan lebih terancang...

nak tidor waktu bila... nak makan waktu bila... nak minum waktu bila... nak qiam wak tu bila...

qiam ??? nak qiam pon kena tengok jadual bola... ish3... boleh harap ka aku ni... huhuhu...


ikut time Malaysia punya... bukan South Africa... terbaek la...hahaha...
boleh la sapa-sapa nak rujuk... time Malaysia lengkap semua...
aku cedok dari link mana ntah... bagus betul... huhuhu...



Thursday, June 10, 2010

world cup 2010




esok dah mula world cup 2010 south africa...
bagi mereka yang gila bola...
sanggup berjaga...
tunggu pagi-pagi buta...
semata-mata nak tengok perlawanan bola...
sokong pasukan masing-masing dengan sorakan gembira...
ada yang tengok sendirian, bersama-sama kawan-kawan, dan dengan keluarga...
event 4 tahun sekali yang dinantikan oleh satu dunia...
sekali lagi, bagi mereka yang gila bola sahaja...

AKU PON NAK TENGOK JUGA !!!!!!!

AKU NAK SOKONG TEAM FAVERET AKU !!!!!!!

AKU JUGA GILA BOLA !!!!!!!


walaupon MALAYSIA tak masuk... sob3...
apa-apa pon aku dah tak sabar nak tunggu opening match esok...
wow...terasa juga lah bahang world cup...
walaupon aku dok dalam suasana yang sejuk...huhuhu...

apa-apa pon...
sekali lagi pesanan buat diriku dan semua...
bola, bola....
sembahyang jangan lupa...
-^_^-



lawa rama-rama ni...
apa kaitan dengan world cup...
lantaklah...huhuhu...

bowling di facebook

post kali ni adalah sekadar nak berkongsi tentang satu game di facebook...
iaitu BOWLING BUDDIES

game ni diperkenalkan oleh seorang bro nih...
cuba try main...bes jgak.... maklumlah...1st time men game bowling yang kena guna mouse punya nak baling bola bowling tuh...
rasa mcm jakun la plak...hakhakhak...

game yang sesuai di main oleh setiap peringkat umur, x kira tua muda, miskin kaya, hensem, kurang hensem...cun kurang cun...ayu kurang ayu...boleh saja main...no hal...

kalo nak main kena la ada mouse yang mantap punya... sesitivity yang tinggi...
kalo tak, jadi mcm aku... challenge sorang bro ni...lebih 10 kalo challenge...
satu apa pon x menang... x pernah menang...semua kalah saja... power, power...hehe...

kalo nak tgk sapa yg mengalahkan saya tuh...ni ha link dia...

http://nash87.blogspot.com/2010/06/bowling-buddies-game-keluaran-fishplay.html

hehehe... hebat2...powerrr... guna cheat ni...konfem...hehehehe...

kena tuntut ilmu bowling ni...huhuhu...


Tuesday, June 8, 2010

Demonstrasi Anti-Yahudi yang nyata Sia-Sia

artikel ini dicedok, dicopy, atau bahasa lainnya diambik dari...

http://ohislam.com/demonstrasi-anti-yahudi-yang-nyata-sia-sia/

saya terjumpa artikel ni dalam profile facebook kawan saya...
satu artikel yang agak menarik untuk tatapan umum...
sekadar berkongsi... bukan niat untuk sindir sapa-sapa...

___________________________________________________________________________________

Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel. Kami kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca Oh! Islam yang berminat (nyata tiada paksaan).

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”

Sunday, June 6, 2010

hard disk rosak ~ hampeh

owh hard disk ku...
dikala ku memerlukanmu...
dikala aku hendak melihat kandunganmu...

(kandungan??? ini lain macam bunyi... hak3...)
kau pula berlaku begitu...
kau pula tak mahu me'respond'kan dirimu...


memang nak kena hntar pegi hospital la...
hospital PC DEPOT...huhuhu...
hari tuh boleh main... elok saja...
sekarang tak boleh pulak...
ingat baru nak layan movie la...
huhu... xpe2...
repair bagi elok dulu...
benda boleh repair... kita repair...
tak boleh repair... beli lain...
macam bnyak sangat saja duit aku...
dah ber'salotep' dah hard disk aku nih...
mcm dh kena belasah truk sja...hehe...



nk kna p hntaq msuk hspital wad ICU punya nih...

by the way... naseb bek world cup dah nak dekat dah... bleh la jgak aku layan... tak la kebosanan sangat...huhuhu...

bola, bola, dan bola...
sembahyang jangan di lupa...
pesanan untuk diri ini dan semua...
peace, no war...

Thursday, June 3, 2010

yeah... aiseh....

YEARGH !!!

AKHIRNYA... SETELAH 3 MINGGU MENANTI...
DENGAN PENUH KESABARAN DI HATI...
DENGAN SAKIT JIWA DAN TERTEKAN MACAM NAK MATI...
TAPI NASIB BAIK TAK MATI LAGI...
AKU BERJAYA MELALUI...
KEENAM-ENAM KERTAS PEPERIKSAAN YANG TERAMAT MENYIKSA DIRI...
ALHAMDU LILLAH AKU MENADAH TANGAN INI...
BERSYUKUR KERANA SELAMAT LALUI SEMUA INI...
DENGAN JAYA DAN GEMILANGNYA BERTAKHTA DI HATI...


sudah selamat sampai kerumah tercinta...
dikala jam menunjukkan pkul 9.45...
di malam yang indah lagi ceria...
dengan keriangan burung-burung bertebangan di angkasa...


bengong punya burung terbang malam-malam buta...

khas buat mu-mu sekalian...

Islamic Studies ~ Vector Calculus ~
Geomatics ~ Fluid Mechanics ~
Solid Mechanics ~ Geology ~

cukup setakat ini sahaja...
perhubungan kita tidak sampai ke mana...
hanya manis dia mulut dan di mata...
aku tak mahu lagi berjumpa...
buat selama-lamanya...
berbahagialah kamu semua...
bukan kerana salah kamu semua...
bukan salah diriku jua...
tetapi takdir yang menetapkannya...
semoga kita tidak bertemu lagi di sem yang bakal menjelma...
selamat tinggal buat SELAMA-LAMANYA...

selamat tinggal oh sayangku...
daku mengundurkan diri dahulu...
membawa diri ke alam baru...


perjalanku masih jauh lagi...
3 1/2 tahun lagi...
x pa2, hari ini, hari ini...
hari esok lain cerita, buku baru, mimpi ori...



gila ka apa aku... wat entry mcm ni... kat benda x idup plak tuh... hehehe... sekadar melahirkan rasa gumbira...x terkata... walopon jawapn kebnyakkanya aku goreng ja... hehehe..x pa2...yg dh lepas..biaq lepas... focus yg akn mai plak... moga2 pass la smua ...amin...