Friday, September 9, 2011

bila budak terpengaruh dgn cerita KL Gangster

Mak : aman, diam la sikit. Adik kamu tgh tidor ni...

Aman : lu tggu wa mati dulu la, baru wa diam...

Abah : aman! Abah penampar kang...

Aman : lu sapa wa nak goyah...

Mak : aman, abah tu aman. Hormat la sikit...

Aman : wa tak kira, lu abang long ka, lu ayahanda ka... ini KL wa pegang...

Abah : ish, memang nak kena budak ni. Abah halau kluar rumah kang.

Aman : lu sapa suruh wa blah. Mana wa mau redah, wa punya suka la...

Mak : aman! Abah kau tu...hormat la sikit!

Aman : haiyya... wa tak kira la apa jasa dia sama lu... ok, kalau lu nak angkat dia, angkatlah...

Abang : apa yg ko merepek ni aman? Ko nak mati ke cakap mcm tu kt mak abah?!

Aman : aku x takut mati, tapi aku x nak mati...

Abah : aman!!! Sapa ajar kau jadi mcm ni...kau nak lawan mak, abah , dgn abang kau sndiri?!

Aman : abang x abang, sapa kacau pecah...

Abah : memang nk kena sepak budak ni...

Aman : kalau bukan kerana bapak lu...dah lama wa sepak muka lu...

Abah : PAAANNNGGG!!! AMEK HG SEDAIH!!! PUAIH HATI AKU!!!

Aman : waaaaaaaa.....ceq lawak ja abh..... catit.....sob3...

Abah : haaa....bru hg rasa...wa punya sengaaattt....hah....

*cerita hanya rekaan semata-mata. Watak dan jalan cerita tiada kena mengena sama ada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia...

Monday, September 5, 2011

Malaysia negaraku


Malaysia negaraku,
Malaysia tanah tumpah darahku,
Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai ubi kayu,
kini sudah maju dan bertambah maju,
banyak bangunan sudah mencecah awan biru...

dengan adanya kereta jenama sendiri,
kejayaan telah lama dikecapi,
hasil usaha rakyat setiap hari,
saban hari Malaysia amat dikenali,
dengan pasaran dan teknologi,
yang pesat dan meyakinkan pelabur dari luar negeri...

hasil usaha pemimpin Malaysia,
juga dengan berkat dari Allah Maha Esa,
rakyat jelata yang terdiri daripada berbilang bangsa,
dapat berteduh di bawah satu negara,
negara yang berdaulat gagah dan perkasa,
hidup dalam keadaan aman makmur sejahtera...

seluruh rakyat jelata juga,
dapat menikmati infrastruktur kelas pertama,
yang amat canggih dan selesa,
ini semua hasil usaha keras pemimpin kita,
yang sentiasa berusaha,
untuk terus membangunkan Malaysia di mata dunia,
terima kasih kepada mereka...

Malaysia adalah negara kita,
dimana tempat kita berkerja,
wajiblah kita mempertahankannya,
daripada sebarang ancaman dan malapetaka,
walaupun terpaksa berkorban nyawa,
kerana inilah tanah kita,
satu-satunya tanah yang kita ada...

sama-samalah kita hayati makna merdeka,
merdeka dari segala-galanya,
bukan merdeka hanya dari segi penjajahan negara sahaja,
tetapi merdeka dari minda,
merdeka dari sifat tamak haloba,
marilah kita mempertahankannya,
daripada dijajah kali ke dua...












Friday, September 2, 2011

raya-raya

kanak-kanak bermain bunga api,
bermain bersama sanak saudara,
Ramadan bakal pergi lagi,
Syawal mengganti disambut dengan meriahnya...


satu Syawal menjelma lagi,
setelah selama sebulan berpuasa,
pagi Aidilfitri yang dinanti nanti,
disambut gembira oleh semua...

laungan takbir mula kedengaran,
memecah keheningan di pagi raya,
kaum keluarga saling bermaafan,
meminta ampun segala salah dan dosa...

anak-anak berpakaian serba baru,
hati gembira riang tak terkata,
yang dara nampak cantik dan ayu,
yang teruna nampak segak dan bergaya...

selepas makan ketupat dan kuih raya,
marilah menuju ke masjid bersama-sama,
untuk solat menyembah Allah Yang Esa,
tanda syukur atas segalanya...

selepas solat bersiap sedialah pula,
untuk berkunjung ke rumah sanak saudara,
bagi merapatkan hubungan sesama keluarga,
setelah sekian lama tidak berjumpa...

di pagi mulia hari raya,
janganlah kita bersengketa pula,
kesilapam yang lalu lupakan sahaja,
mulakan hidup baru dengan hati yang terbuka...

ketika menikmati juadah di pagi raya,
jangan sampai berlebihan pula,
ingtlah pada mereka yang tak seberapa,
supaya kita lebih bersyukur padaNya...

sudah menjadi ibadat di hari raya,
yang muda bersalaman mencium tangan yang tua,
adik-adik bersalaman dengan abang dan kakaknya,
tidak dilupa suami isteri saling bermaafan juga...

setiap kali tibanya hari raya,
orang ramai berpusu-pusu keluar dari kota,
jem sangat teruk jalan menghala ke utara,
tau la kampung2 ada bnyak kat belah utara...

kepada kanak-kanak di luar sana,
bila dah kumpul banyak duit raya,
simpanlah elok-elok untuk masa depan anda semua,
janganlah pula membazir beli benda yang tak ada faedahnya...

sudah juga menjadi adat di hari raya,
yang berkerja memberi duit raya,
kepada yang masih belum berkerja,
jadi sapa-sapa yang berkerja,
hulur la kata saya juga....hahahaha...


lu bagi, berapa lu bagi? satu juta, dua juta, x dak kan...lu untung berjuta-juta, berapa sen sangat lu bagi...mana cukup...






Tuesday, August 16, 2011

salam nuzul quran


assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas semua. semoga anda berada dalam keadaan sihat walafiat di bulan ramadan mubarak ni.

ada nampak sawang labah2 x kat blog aku ni? mesti ada kan... banyak plak tu... siap dah berapa generation dah labah2 ni beranak pinak. x silap aku dah 9 generation. sebab last aku post kt blog aku ni , pada 11 january 2011...

peeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeerrrrggggggggggghhhhhhhhhhhhh....lama gileeeeeeeeerr ak mendiamkan diri...eceh...mendiamkn la sgt... x diam sgt pon...cuma malas nak update blog... hahahaha... x dak idea....malas...sibuk...sibuk? x la sibuk sgt... huhuhuhu...

yeah...kali ni...sya hanya nk ucapkan selamat menyambut nuzul quran je...itu je....hehehehehe... sama2 lah kita mengimbau kembali sejarah bagaimana turunnya al-quran itu... pandai2lah cari kat internt... malas ak nk crita...ak pon bukan hebat sgt pon....ak x dak ap...teruk btoi..huhuhu...






Monday, January 3, 2011


sunyi... sunyi... dan sunyi...