Wednesday, July 28, 2010

penangan ubat selsema

wow... penangan ubat selsema kuat nak mampus...

kalo sebelum ni aku selsema aku tak makan apa-apa ubat... biar dia baik sendiri je... tapi dah tak tahan sangat... hingus asyik keluar je... dok 2,3 minit, meleleh keluar... hargh3... seb bek hingus jenis jernih... bukan yang pekat hijo punya...

dek kerana tak tahan lagi... malam tu lepas maghrib aku amek la dua bijik ubat selsema yang dibeli di farmasi kat tempat aku... 10 bijik RM15... agak mahal jugak la...

makan dua bijik... lepas tu aku ada meeting... aku pegi la meeting... dok dalam setengah jam dalam meeting tuh, aku nampak bintang... wow... banyak pulak tuh... seb bek tak Nampak pari-pari... kalo tak gerenti aku tergamam... hargh3... pastu aku rasa diri aku ringan giler... seolah-olah terapung di awangan... tapi bukan awan dania... hargh3... memang mcm kena dadah katemin... ( aku pernah makan dadah ke... )

pastu mata pulak suka nak pejam je... memang rasa mengantok tahap cipan... tahan je dari tersengguk-sengguk... nanti orang tengok tak macho la... hargh3... aku tahan je semua dugaan tuh... walopon bes layan perasaan tuh... siyes besss... kalo la aku boleh terbang betul... hargh3... apa-apa pon, tahan je...
1 jam setengah jugak la aku tunggu... lepas tu... meeting pon abis... aku bangun... rasa mcm kaki tak dak siot... ringan je badan... wow... kalo angin tiup sikit pon rasa aku boleh melayang nih... hargh3...

tapi bila aku nak tido atas katil, tak rasa ngantok plak... hampeh btul... tetiba je rasa fresh semacam plak... hargh3...

jadi nasihat aku kepada semua, jangan makan ubat selsema atau ubat batuk atau mana-mana ubat yang mengandungi kuantiti dadah yang tinggi jika hendak memandu... bahaya bai... hargh3...

sekadar gambar hiasan... tolan ubat ni banyak2 gerenti jalan... hargh3...

Tuesday, July 27, 2010

info tentang demam

APA PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM?


1. Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.

2. Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.

3. Daripada hadis Nafi' bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.

4. Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa'ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: "Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.

artikel dicilok dari ~ http://www.smkamiri.bpi.edu.my/joomla/artikelsumbangan/99-demam-percikan-api-neraka

tengok... gua demam ilek je... x de gelabah apa-apa pon... hargh3...

Sunday, July 25, 2010

sebelum dan selepas ~ baik dan buruk 2 minggu

saja nak bagitau baik dan buruk 2 minggu sebelum bukak sem di UTP dan selepas 2 minggu berlalu... ada faham ??? kalo tak faham pi tidoq lagi baguih dari dok bersengkang mata baca post aku nih... hehehe...

aku balik di UTP 2 minggu awal sebelum bukak sem... jadi ada baik dan buruknya...

kebaikkan 2 minggu sebelum sem start ialah ~

1) internet laju tahap cheetah siottt... buffer utube untuk time 10 minit ke atas bawah 5 saat siottt... sodap siot...

2) tak payah nak beratur panjang nak beli makanan di kedai Pak Ali... kedai yang memiliki ayam goreng yang HOT... hargh3... kalah luna maya gua cakap lu beb...

3) tak payah nak berebut bilik air bila nak mandi pagi... ikut suka je nak mandi bopa lama pon... 2 jam, 3 jam... ( mandi ke berendam tuh... )

4) air yang pressure-nya amat tinggi dan begitu damn strong... sodap siottt mandi dengan air bertekanan tinggi... ( bapak skema ayat aku... )

5) boleh bangun ikut suka je bila-bila masa dan tidoq pon ikut suka bila time i like to... lecture tak start lagi... nk gelabah watpa...hargh3... enjoy dulu bro... pepatah baru aku reka... " berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersenang-senang dahulu, bersakit-sakit kemudian "... hargh3...

manakala keburukkannya pula ialah hanya satu perkataan sahaja, iaitu CEMUIH, CEMUIH, dan CEMUIH... dengan rumate tak dak, orang kurang, memang terasa mcm dok di lost town la... lebih kurang macam banda resident evil la... sunyi sepi...mcm tinggal sorang-sorang ja di UTP ni...huhuhu...

*cemuih ialah sama maknga dengan bosan, or in English is boring... cemuih is in lahjah utara... hak3...

keburukkan selepas 2 minggu di UTP pula ialah ~

1) internet tak lagi selaju cheetah, tetapi selaju cipan... cipan lari laju la jgak... tapi tak selaju cheetah... boleh la layan internet laju lagi... syukur2... hehehe... cipan mesti kalah dengan cheetah dalam drag race... ngeee...

2) kena beratur panjang nak beli makan... terutama rush hour... tapi tak pa... no hal la bro... asalkan dapat makan...

3) bilik air kena berebut jugak sikit-sikit... dalam rumah ada 12 orang, bilik mandi ada 2 saja... agak sesak jugak la... tapi no hal... i am fast and furious... mandi 3 minit je... ( mandi ke basuh mata je... arghhh, lantak la... asalkan rambut nampak kemas dan macho.... hargh3... )

4) tekanan air semakin berkurang disebabkan semakin ramai orang menggunakan air pada waktu yang sama, terutama waktu maghrib. ( awat ayat aku jadi smakin skema nih... huhuhu... )

5) lepas ni tak boleh dah la bangun ikut suka, tidoq ikut suka... lecture dan start dah kot yeop.... zzz... kelas kul 8... x pa2... pi dulu... kalo aku lambat, hg tolong la sign untuk aku... esok aku pi sign untuk hg plak... hargh3... teknik kuno yang popular di kalangan pelajar IPT seluruh dunia...

kebaikkannya pula ialah, 2 perkataan....iaitu TAK CEMUIH... hargh3... tak tau kata lawan bagi bosan...letak perkataan 'tak' je belakang tu... hehehe... sebab ramai dah balik... rumate gua pon dah balik... meriah dan semakin meriah... yezzzaaa... tidak lagi terasa diri di ghost town... ngehehehe... semakin ramai penunggang motor dan pemandu kereta berkeliaran di jalan-jalan UTP... huhuhu...

lu mau challenge rambut gua... cannot win la bro...
( gambar tak ada kena mengena dengan post )

Wednesday, July 21, 2010

Anak ku sazali tak boh minyak (version utara)

sumpah lawak.... hargh3....tak boh minyak, tak tukaq kusyen...huhuhu...