Monday, August 30, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KALI KE-53

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !





basikal tua... basikal buruk... hahaha...

Sunday, August 29, 2010

Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat

Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa



Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna

Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan

Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas

Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha


Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat

Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa



Tambahkan kepadaku ilmu yang bergu

Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan

Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas

Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha


Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat

Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa


أستغفر الله العظيم واتوب اليه

Wednesday, August 25, 2010

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.

Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..

01.Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

02.Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

03.Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

04.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

05.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

06.Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

07.Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

08.Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang cakap tu?

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih..

Wallahua'lam

Info Penulis
Saudara Zulhafidz Yahaya merupakan Ketua Team Designer bagi iLuvislam.com. Beliau merupakan anak kelahiran Grik, Perak. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, Selangor (2006). + www.facebook.com/agmnhob

ak keja dok cilok dri blog org ja...hehehe...


Tuesday, August 24, 2010

satu yang tiada duanya ~

01. Sebutkan satu yang tiada duanya,
02. dua yang tiada tiganya,
03. tiga yang tiada empatnya,
04. empat yang tiada limanya,
05. lima yang tiada enamnya,
06. enam yang tiada tujuhnya,
07. tujuh yang tiada delapannya,
08. delapan yang tiada sembilannya,
09. sembilan yang tiada sepuluhnya,
10. sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11. sebelas yang tiada dua belasnya,
12. dua belas yang tiada tiga belasnya,
13. tiga belas yang tiada empat belasnya.
14. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
15. Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
16. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
17. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
18. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
19. Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
20. Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
21. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"


1. Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.
2. Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
3. Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
5. Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.
7. Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
8. Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
15. Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)
17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).
18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).
21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang
hari.



sumber dicilok dari ~ http://world-islam.blogspot.com/2008/07/kisah-benar-di-amerika-satu-gereja.html

Friday, August 20, 2010

jangan tidor dalam bas

alkisah... bermulalah kisah daku... pada tanggal 20 Ogos 2010, bersamaan 10 Ramadhan 1431 hijrah...

aku nak balik rumah dari utp... dengan menaiki bas kat medan gopeng... sampai di medan gopeng, adalah sorang brother ni panggil ak...

"dik2, nak pi mana?"
"nak p butterworth..."
"haa...mai2...ada2...bas la nie..."

tanpa segan silu dan konfidennya ak beli la tiket tersebut dengan harga RM16... murah jgak la...
dan trus menaiki bas JMM 9997 (lawa nombor...mcm nombor ekor...), dan trus blah dari medan gopeng tersebut menuju ke rumahku...

dalam bas, ak dok sebelah kakak nurse...sebab dia pakai uniform nurse...bru balik dari kerja gamaknya... boleh tahan muka...ayu jugak la... iras-iras rita rudaini... hargh3...
kita lupakan dulu bab kakak tu sebab bulan posa... tak bleh usyar lama2... makruh... hargh3... mazhab mana aku kutip nih...

sepanjang perjalanan, ak tak tido... tapi, sampai di tempat bernama Juru, iaitu tol sempadan Pulau Pinang dan Perak (betul ke...ntah la....), ak pon kol la ayah ak sruh fetch ak kat jeti butterworth... lepas2 kol... ak rasa mengantok plak... lalu ak pon terlelap...

nak dijadikan ceritera...rupanya...bas yang ak naik tu, destinasi utamanya ialah ke Kangar, Perlis... bas tadi tu hnya berhenti tepi highway je nak drop sapa2 yg nk trun kat jeti butterworth... time tu... ak terlena... aku sedar je...pergh... dah masuk kawasan Sungai Petani dah...iaitu negeri Kedah... tudia... terlajak plak...

ak tanpa segan silu dan konfidennya tnya kat akak nurse sbelah ak tu...

"errr kak... kak cun la.... nk ngorat bleh..."
(reka je...kang kena penmpor free je tnya soalan mcm tu...)

"kak, bas ni bukan berhenti kat butterworth ke?"
"a'ah... tadi brhnti sat tadi... awatnya? adik nk trun kat butterworth ke?"
"owh...ye... maknanya sekarang dah terlepas la?"
"ye... nnti bas ni brhnti kat Sungai Petani plak...."
"kak...bas ni nak p mna sebenarnya?"
"bas ni pi Perlis... dia drop org kat Butterworth dgn Sungai Petani ja..."
"owh... x pa2... trima kasih kak..."

maknanya... ak dh terlepas tmpat brhnti la... ak pi keutara lgi...sedangkn ayah ak tggu kat jeti butterworth...hahahaha....hampeh...
dengan pantas dan tanpa membuang masa, ak trus kol ayah ak dan critakan segalanya...
like father like son... cool beb... tenang mnghadapi kesusahan dan ranjau sukar... ayah ak dengan steadynya mnjawab...

"owh..kalo lagu tu..x pa la...abah p amek ceq kat Sungai Petani la..."

pergh...ingtkn nk marah ka... meleter ka tadi... sporting la abah... that's man beb...
sian kat ayah ak... kena la drive pi Sungai Petani plak amek aku... huhu...

jadi... ak n akak nurse tadi dan ramai lagi trun di Sungai Petani... bas trsebut mneruskan perjalannya untuk pegi mamposss!!!
hehe...pegi Kangar, Perlis....

jadi... pengajarnnya...jgnlah tido dlm bas...nnti melepasss.... kalo nk tido jugak...pesan kat sapa2 sruh tolong kejtkan....

arghhh....nyesal tak sruh kakak tdi kjutkan ak...
nyesal x mnx nombor phone kakak tu tadi...hahahaha...

p/s : kalo ad spa2 baca post ni....faham..bgusla... amek la iktibar...kalo baca dah ulang 3-4 kali x faham2 jgak... baik ko pegi tido la....lgi bgus...hargh3....

Thursday, August 19, 2010

air mata wanita ~ poweeerrr beb

keistimewaan kaum hawa

Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan
saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian
dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”


oleh itu, peringatan untuk diri ini dan semua, janganlah memandang rendah terhadap kaum hawa ini... (walaupon nampak mcm bleh ngap...hehehe...)

kerana air mata kaum hawa ini tersangat power, boleh mecair leburkan ego seorang lelaki... segarang mana lelaki itu, konfem cair... (ak dah besa terkena beb... cair siot... speechless bai... hati trus jatuh kesian... wow...)

kerana kata-kata dari kaum hawa ini jugalah yang biasa membakar semangat kaum adam disaat kaum adam putus harapan... ( serius siot... dengar je kata2 keluar dari mulut dia, tetiba rasa mcm kena suntik pil kuda... rasa high semacam je... jantung berdenyut 500 kali ganda dari besa...huhuhu...)

gambar tiada kaitan dengan tajuk post

Sunday, August 15, 2010

suci dalam debu (bukan IKLIM...hahaha...)

engkau ibarat bintang kejora,
yang bertaburan di alam semesta,
cahayamu menyinar kepada semua,
cahayamu jua bisa menenangkan jiwa,
walaupun engkau jarang dipandang manusia,
kecantikkanmu terselindung disebalik cahaya,
hanya yang mengerti sahaja,
yang nampak jelas kejelitaannya...

engkau umpama mutiara,
yang terdampar dalam lautan sana,
jauh kedalam hanya ditemani kegelapan sahaja,
tetapi cahayamu bisa mencerahkan suasana,
menjadi idaman setiap manusia,
untuk menjadikan perhiasan dunia,
perhiasan dunia yang tiada tolok bandingannya,
kerana betapa dirimu begitu mahal dan berharga,

engkau seperti angin bayu,
yang bisa menenangkan hati yang sayu,
yang bisa melembutkan hati yang keras batu,
akhalakmu bisa membuatkan hati cair layu,
kata tuturmu bisa memadamkan api amarahku,
ketaqwaanmu kepada YANG SATU,
bisa merantai hati sanubariku,
kehormatanmu kepada ibu bapa merantai jiwaku,
kesetiaanmu kepada agama membuka ruang fikiranku,
engkaulah yang dicari-cari sejak dari dulu,

ENGKAULAH SUCI DALAM DEBU

semoga hijab menjadi pakaianmu
semoga kesucian menjadi amalanmu
semoga kesopanan menjadi perhiasanmu
semoga syurga menjadi tempatmu

Saturday, August 14, 2010

Bergembiralah Wahai Wanita.



ceramah disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias.... seorang penceramah dan pendakwah yang agak terkenal di daerah utara Malaysia... enjoy... lawak benor cara dia sampaikan ceramah...

Friday, August 13, 2010

hargailah dia sebelum terlambat

~Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."~

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

~Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."~

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

~dicilok dari facebook geng

apasal tiba2 aku post bab nih ??? hahaha... x dak apa2... cuma sekadar satu perkongsian kepada umum...tapi aku bukan pompuan tau... huhuhu...
tapi aku bukan suami orang juga tau... kawin pon tak lagi... nak jaga diri pon tak terjaga lagi... inikan nak jaga anak orang... hahahaha...
( tak sabaq nak kawin dh tu... hargh3...)

Wednesday, August 11, 2010

jadual yang men'spoil'kan

sebelum awal sem lagi...
tak... sebelum start sem lagi...
tak tak... sebelum habis sem lepas lagi...
aku sudah berazam dalam diri ini...
supaya tak mahu lagi kelas lepas solat Jumaat kali ini...

letih bai... dah la pagi pon pack dah... (pack la sangat... hehehe...)
saja je... nak rehat petang tuh... untuk beribadah pada malamnya... (pergh... perform la...)

tiba-tiba sahaja, tanpa disangka...

nama aku terlepas pi kat Jumaat petang... kelas lab 3-5 petang... hampeh btul...
spoi betul la... sebenarnya ada 2 slot kesemuanya... lagi satu slot, iaitu pada hari Khamis pagi...jam 10-12 tengah hari... (bapak skema giler ayat aku... huhuhu...)
ada 2 slot saja... Khamis pagi dan Jumaat petang... setiap slot maksimum 25 orang...
yang lawaknya... masa tengah isi nama untuk slot Khamis pagi tuh dengan geng2 aku... nama aku ke-26... adoiii...lambat sedetik dowh.... kambing btul...

"eh... nama dik no. 26... dik x bleh masuk dh dlm slot nih... akak kena pindhkn dik ke jumaat petang... "

"alllaaa... boleh la kak... sya sorng je kot... tolongla... sya ada bnyak keja petang Jumaat tuh... tolong la akak..."

"tak boleh dah dik... cukup2 25 orang nih... kena 25 orang je setiap slot...dik dah 26..."

"alllaaa akak... sya sorang je kak.. boleh la...26 dgn 24...tak bnyak beza pon... boleh la akak... "

"akak dh dengar alasan yg sma je tiap2 tahun... dah2... tak bleh... alllaa... bnyak la keja ko sgt... akak tau ko nk tido punye..."

dalam hati "siot punya minah...hempuk ngan konkrit kang... seb bek dia tua dari aku... seb bek pangkat kakak... seb bek dia cun molek lotte ...hehehe..."

terima je la... kelas lepas solat Jumaat... dikala kebanyakkan geng2 aku enak dibuai mimpi...
tetapi aku sibuk membanting tulang membuat lab...nguhehehe... (mcm la pi tanam padi tgh2 panas terik...manja btul...ahakz...)

so... the conclusion is.. I have class after Jumaat prayer... I can't sleep... damn... hahaha...

p/s: sekadar perkongsian...hehehe...saja nk update blog di 1st Ramadhan... nguehehe... no offense...~


اللهم ارزقنا قبل رمضان قلوباً جديدة، و توبة سديدة، و همة شديدة، و أعمالاً صالحةً عديدة، نعوذ بك من فتنة النفس و طغيانها، و فتنة الدنيا و ظلمها، و فتنة النعم و كـفرها، و فتنة البلاء و قطعها

Tuesday, August 10, 2010

buat para penyokong MANU

hargh3...
lawak dowh tengok gambar ni... adeh... sapa la reka ni.. kreatif btul...
pegi cuti selama-lamanya la MANU oiii...
time for ARSENAL to get back the titles...
hargh3...

~ gambar cicilok dari facebook kawan


Shahr Ramadhan al-Karim

selamat menyambut bulan Ramadhan al-Karim buat semua...
semoga bulan puasa kali ini lebih elok dari tahun-tahun sebelumnya...
insya Allah...

jagalah percakapan...
jagalah pandangan...
jagalah pendengaran...
jagalah kelakuan...
jagalah pemikiran...

bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja kita berubah...
tetapi cuba kekalkan dan perbaiki pada masa seterusnya...
semakin hari, semakin baik... insya Allah...
pesanan untuk diri ini dan semua...




p/s : sapa-sapa rajin kejut aku sahur erk... hargh3...



Saturday, August 7, 2010

Adik Cuma Tanye Je Ibu.mp4 ~ hayatilah...



video ni aku cilok dari facebook geng aku... video ni dah lama dah wjud... cuma aku bru je tau... ketinggalan btul la aku ni... hargh3...

tersentak kalbu jgak la tengok video nih... ni wat aku rasa nak balik umah nih... cesss... nyesal aku tengok... hargh3....

marilah kita sama-sama menghayati (bukan cari nor hayatti...hehehe...) dan amek iktibar....

sejarah bulan-bulan Islam

Muharram
Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.


Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.


Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.


Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.


Rejab
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka’bah dibuka.

Syaaban
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.

Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti “yang empunya haji”. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka’bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.





Sunday, August 1, 2010

helmet baru

hahaha... tukar angin... tukar baju... tukar seluar... helmet pon tukar jugak...

nak beli kat kedai, mahal... at least RM50... rezeki datang bergolek... roommate aku dengan spontannya menjualkan helmetnya kat aku dengan harga RM30... tanpa segan dan silu serta konfidennya, terus amek wallet... amek 3 keping duit kertas merah... usyar helmet tu...

"gua angkat itu helmet ye bro... hargh3..."

helmet yang agak style dan modern bagi aku... sebab aku tak pernah pakai helmet canggih mcm tuh... biasa la... orang kampung... ngeee...


berkilat lagi tuh... tapi aku nak tukar dia punya visor... lutsinar sangat... orang boleh nampak muka kita... tak rock la beb... biar orang tak nampak... baru style... macho...undercover beb...

senang jugak nak usyar awek... hehehe... tak la malu kalo dia tengok kita... dia bukan tau pon sapa yang usyar dia... hehehe... senang jugak gua nak usyar sapa-sapa yang kat tepi jalan tanpa segan silu dan sopan santunnya... (apakah...???) tapi kalo malam sakit jugak la nak pakai visor golap tuh... huhu... tak nampak jalan... takpa...yang penting biar ada styel... ngeee...

ada helmet baru, baru ada semangat sikit nak main gitar... (ada plak mcm tuh...huhuhu...)