Sunday, September 26, 2010

artikel2 ni aku ciplak dari http://www.rileks.info/coollist/2009/02/lawak-minggu-ini/

lawak2 jugak la crita dalm blog ni... baca la... hak3...


Citer 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ??

Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk… … .. Benci … … ..

Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 5
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk.

So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.

So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, “AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?”

Pompuan ni pulak jawab, “TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.”

So polis tu tanya lagi, “BETUL KER ”
Pompuan tu jawab, “BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA.”
So polis tu kata, “YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP”
Lepas tu polis tu tunjuk, “HA!!! ITU KETA SAPA TU??”

Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Citer 6
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ??

Citer 7
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Citer 8
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

citer 9
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?”
“Dah tentu, ” jawab doktor.
“Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki
itu dengan riang.

citer 10

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…

citer 11

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?”

citer 12

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

Saturday, September 25, 2010

Hijau Kuning

yeah...setelah lama x meng-update blog...nak dekat seminggu jugak la... x la bersawang sgt lagi... huhuhu... akhirnya pada malam ini, dapatla aku update sikit blog ak... tapi x tau nak tulis apa...huhuhu....

aku nak tulis apa ha?
aku nak tulis apa ha??
aku nak tulis apa ha???
aku nak tulis apa ha????
aku nak tulis apa ha?????
aku nak tulis apa ha??????
AKU NAK TULIS APA HA???????

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

(sebahagian lirik dipetik dari lagu Biar Jasa Jadi Kenangan, iaitu lagu bola sepak negeri Kedah)


sejak kebelakangan ni aku jadi semangat kenegerian cket...huhuhu...x tau la pasai pa..angin apa ntah mai ... mungkin sebab lagu rakyat negeri Kedah ni sedap2... enak didengar...menaikkan semangat cintakan negeri... rasa bangga semacam ja... walaupon Kedah x la semaju KL,Pulau Pinang...lirik dia yang memang memberi kesan kat diriku... hak3...semangat assabiah btoi...syok dok di negeri jelapang padi...bergaul dengan golongan petani... banyak pengalaman hidup depa cerita... huhuhu...

tapi masalah nya....aku orang Pulau Pinang... tapi mcm mna la aku bleh p minat lagu rakyat negeri Kedah... lagu rakyat Pulau Pinang x se-best lagu Kedah...hehe... ni namanya semangat kedaerahan... daerah utara... x pa..Pulau Pinang dgn Kedah adek-beradek ja... loghat sama... hehehehe...ish2... kikiskan...x baguih semangat kenegerian yang melampau-lampau...

haaa...ni ak nk kongsi... lagu rakyat negeri Kedah paling feveret aku... tiap2 pagi sbelum p kelas aku dok dengaq lagu nih...bagi aku, lagu ni memang bes... muzik dia, lirik dia... btoi2 menaikkan darah muda aku untuk syangkan negeri Kedah...walaupn aku bukan rakyat Kedah...huhuhu...x pa...daerah utara jugak...huhuhu... cuba la dengaq...



p/s : wargh....setelah memperbaiki bnyk technical error.... dpt la perbaik post kali ni... biasa la... blogging pkul 3 pagi...mata dh mcm kena tumbuk dah...hak3....

Saturday, September 18, 2010

segan nak balik U,

berat sungguh hati dan kaki,
hendak pulang semula ke UTP,
wahai rector yang ku kasihi,
tidak bolehkan tuan extend-kan cuti...

berat rasanya otak dan minda,
untuk menyerap semula semua ilmu berguna,
setelah banyak menyerap benda-benda tak berguna,
seperti movie, lagu, dan wanita-wanita...
(WANITA ???!!! WHAT THE...ASTAGHFIRULLAH AL AZIM...)

hilang abis moodku,
mood nak pergi kelas kuliahku,
mood nak buat esemen-esemen ku,
dek kerana cuita raya yang ku lalu,
raya yang paling best dalam hidupku...

berat rasanya hendak meninggalkan rumah ini,
untuk pergi semula ke Tronoh yang benci,
benci sebab tak dak apa yang menarik di hati,
tidak seperti di negeriku yang sungguh riuh-rendah sekali...
hehehe...jangan marah erk orang tronoh...

kepada rakan-rakanku yang masih di P.Pinang sana,
kalo nak kluaq ronggeng jangan lupa,
jangan lupa roger daku sama,
supaya kita boleh ronggeng sama-sama,
x pa, UTP ngan P.Pinang 2 jam saja,
senang cerita hangpa mai amek aku la,
lepaih tu ak bawak hangpa semua,
bawak jalan di Perak yg tak la syok mana,
tak se-syok negeri kita yang tercinta...
hehehe... jangan marah orng Perak...hehehe...


bunga raya bunga kebangsaan Malaysia,
bunga raya ada lima kelopaknya,
kenapa cuti sekejap sahaja,
AKU TAK PUAS LAGI NAK BERAYA !!!

Wednesday, September 15, 2010

raya sakan btoi

alhamdulillah di panjatkan kesyukuran terhadap ILAHI... kerana dapat beraya dalam suasana yang aman damai tanpa sengketa... alhamdulillah... diharap suasana seperti ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat...amin...

raya sakan btoi tahun ni... x tau angin apa mai melanda... rumah terbukak sana-sini...
reunion pon sana-sini... tiap2 hari kluaq... pkul 10 kluaq... pkul 7 baru sampai rumah...ish2... apa nak jadi remaja zaman sekarang.... huhuhu....

reunion sekolah rendah... 8 tahun x jumpa... hak3...
reunion sekolah menengah... ni x pa... tiap2 bulan jumpa dah... nek cemuih dah... hak3...

malam balik rumah, lembik terus... terbongkang...hak3...
apa2 pon... raya taun ni melakar rekod sejarah dalam idup aku... duet raya hanya RM18... x mencecah pon rm20... sempoi la...hahaha...x pa...dah besaq panjang dah... x dapt duet rya bnyak pon x pa...ngehehehehe...

tapi bila bukak sem ni balik... 3 tests menanti... 1 presentation turut menanti jua... waaaa... sakit jiwa aku dengaq... ahakz... x sedap dah nak beraya pon... x sedap dh nk mkn kuih raya pn ada... x sedap dah nk makan lomang n ketupat pn jua...ngahahaha...
semua test tu minggu 1st lepaih bukak sem plak tu...x sporting btoi la lecturer ni... ahakz... tapi x pa... test je pon...bukan final exam...hahaha...perangai x senonoh btoi...bila nak maju... hehehe...


aku terkilan x dapat jua main mercun taun ni... hehehe....

Wednesday, September 8, 2010

rehearsal perang kat kampungku

aku sampai rumah hari sabtu , 4 September 2010, dah mula dengar bunyi mercun... pom sana, pom sini....
setahu aku, tahun2 lepas x la menjadi-jadi... tapi tahun ni kemeriahannya lain sikit... semakin rancak bunyi mercun...

aku rasa depa ni rehearsal nak perang gamaknya... waktu depa rehearsal :

1) pagi, dalam pkul 10 pagi.
2) waktu petang, dalam pkul 6.
3) waktu maghrib, lepas bukak puasa.
4) tengah malam.

semakin nak raya, semakin meletupnya semakin kuat.... mungkin dapat senjata yang canggih... hahaha...

tapi....yang aku heran sangat2... yang paling otai main mercun ni kat kampung aku...jiran belah kiri dengan kanan rumah aku... betul2 kiri dan kanan... hampeh btoi... serupa macam perang.... belah sini pom... belah sana pom.... belah sini x puaih ati...pomnya kuat sikit.... belah sini x bleh dok diam....pomnya kuat sikit lagi... begitulah situasinya sampai bekalan peluru dah abis...

lepas tu, waktu seterusnya, bekalan peluru kembali terisi... perang diteruskan....pom kanan..pom kiri.... aku yang dok di tengah2 ni... sabaq je la.... nak marah anak jiran...stg mak pak depa kata apa plak... yg mak pak depa pon x kata ap... huhuhu....kadang2 aku tertanya-tanya...mana la budak umoq 11, 12 thun dpat duit bnyak beli mercun sampai satu beg plastik besaq plak tu... nak kata dpt scholar.... bru sekolah menengah... nk kata main judi.... arrggghh...gerenti kalah... (hargh3....jahat giler pemikiran...hak3....)

rumah aku ibarat pepatah... "gajah sama gajah berperang, pelanduk mati di tengah-tengah"

huhuhu... kadang2 rasa teringin jugak la nak main mercun... lama dah kot x sentuh menatang tuh... last sekali sentuh ingat tingkatan 2 ...pastu dah ilang mood nak main... hahaha.... x pa2... zaman depa....zaman aku dah lepas...

mak aku cakap, "haish...mak pak depa tak kata apa ka...."
ayah aku cakap, "kalo mak pak depa kata, tak la bunyi dah mercun tu...sebab mak pak depa biaq la jadi lagu tuh..."
huhuhu...

jadi....sapa yg ada anak tu... kalo nak bgi anak men mercun....bwk la ank pi tengah2 hutan...hah...main la puas2... bakaq la bopa bnyak pon..satu guni pon bakaq la....x dak sapa nk marah dah... nk bakaq hutan tu sekali pon, bakaqlah....nak angkat geng nak perang meriam buluh pon, peranglah... x dak sapa nak halang... asalkan jauh dari kawasan perumahan...

kesian la sapa yg ada ank2 kecik.... x bleh tidoq dgn aman.... teriaq memanjang dek bunyi bising mercun tuh....mau x marah bapak budak tu.... kluaq bwk kyu api...lari abih budak2 yg men mercun tu...hak3.... nak wat mcm mna...tu la kata budak2.... huhuhu...

tapi jauh disudut hati... haish...teringin benor nak men balik mercun ni....walopon umur dah menjangkaui zaman tu.....arghhh...peduli happa ak... sok ak nk beli mercun gak..x kira !!! x matang pon, x matang lah... asalkn ak dpat perang balik dgn budak2 tu... HARGH3 !!!

p/s : adik2, kakak2, abg2, pak cik2, mak cik2.... jgn la men mercun... haram hukumnya... kerana mencampakkan diri ke lembah kecelakaan.... bahayo.... lagi pon...bakaq duit sia2 je.... bek duit tu simpan wat hantaran kawen nnti... hak3... x ke jimat namanya... hargh3...good idea...

http://www.smileycodes.info

Sunday, September 5, 2010

suami, isteri, dan cermin

cerita dicilok dari ~ http://harubiru75.blogspot.com/2009/02/suami-isteri-dan-cermin.html


Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri
orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dia orang ni dibina di atas
pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan
di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah
hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang
mencari-cari.. tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pun bawa balik
cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya

tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke
bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik
pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..
bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik

tersebut tanpa pengetahuannya..

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je
bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni
taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang
perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri
perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..

Isteri: Apsal mak ketawa?..
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin
lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok
perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

Saturday, September 4, 2010

suasana penantian 1 syawal tahun 1431 hijrah semakin dirasai...
suasana pemergian ramadhan jua turut dirasai...

apa-apa pon... suasana di UTP semalam memang mcm ayam... sunyi sepi...
abis budak2 ni pakat balik abih... geng2 pon smua dah rmai2 pakat pegi MAMPOSSS!!!!! HARGH3.... hehe....
pegi balik ke kampung halaman masing2... hehehe...

layan la lagu raya sorang2... kt blik sorang2....

pergh.... tacing sialan...ahakz... kalo biasa kat parking keta... penuh ngan keta... tapi smalam penuh dgn ruang2 kosong je... ahakz....

nak tggu esok hari nak balik pn seksa jugak la... sejam bagaikan sehari... dok usyar jam je.... bila la esok ni... nak blah ni.... waaaaa !!!! sakit jiwa dowh di di UTP time nih.... hahaha.... tapi x pa... rileks... rya lmbt lagi... ahakz....

mlm layan lgu raya... siang layan lagu raya lagi... dalam perjalanan balik umah layan lagu raya lgi... sampai umah layan lagu raya lgi... nseb bek lagu raya x layan ak...hahaha.... (apa aku merapu ni....huhu...)

apa-apa pn....walaupn rya lmbt lg... nak wish siap2... selamat mnyambut hari raya aidilfitri... kali ni wish sja..x mau mnx maaf lg... ad berapa hri lagi bleh wat silap...nnti time rya mnx maaf balik la.... HARGH3..... giler jahat punya perangai.... hahaha....