Friday, September 2, 2011

raya-raya

kanak-kanak bermain bunga api,
bermain bersama sanak saudara,
Ramadan bakal pergi lagi,
Syawal mengganti disambut dengan meriahnya...


satu Syawal menjelma lagi,
setelah selama sebulan berpuasa,
pagi Aidilfitri yang dinanti nanti,
disambut gembira oleh semua...

laungan takbir mula kedengaran,
memecah keheningan di pagi raya,
kaum keluarga saling bermaafan,
meminta ampun segala salah dan dosa...

anak-anak berpakaian serba baru,
hati gembira riang tak terkata,
yang dara nampak cantik dan ayu,
yang teruna nampak segak dan bergaya...

selepas makan ketupat dan kuih raya,
marilah menuju ke masjid bersama-sama,
untuk solat menyembah Allah Yang Esa,
tanda syukur atas segalanya...

selepas solat bersiap sedialah pula,
untuk berkunjung ke rumah sanak saudara,
bagi merapatkan hubungan sesama keluarga,
setelah sekian lama tidak berjumpa...

di pagi mulia hari raya,
janganlah kita bersengketa pula,
kesilapam yang lalu lupakan sahaja,
mulakan hidup baru dengan hati yang terbuka...

ketika menikmati juadah di pagi raya,
jangan sampai berlebihan pula,
ingtlah pada mereka yang tak seberapa,
supaya kita lebih bersyukur padaNya...

sudah menjadi ibadat di hari raya,
yang muda bersalaman mencium tangan yang tua,
adik-adik bersalaman dengan abang dan kakaknya,
tidak dilupa suami isteri saling bermaafan juga...

setiap kali tibanya hari raya,
orang ramai berpusu-pusu keluar dari kota,
jem sangat teruk jalan menghala ke utara,
tau la kampung2 ada bnyak kat belah utara...

kepada kanak-kanak di luar sana,
bila dah kumpul banyak duit raya,
simpanlah elok-elok untuk masa depan anda semua,
janganlah pula membazir beli benda yang tak ada faedahnya...

sudah juga menjadi adat di hari raya,
yang berkerja memberi duit raya,
kepada yang masih belum berkerja,
jadi sapa-sapa yang berkerja,
hulur la kata saya juga....hahahaha...


lu bagi, berapa lu bagi? satu juta, dua juta, x dak kan...lu untung berjuta-juta, berapa sen sangat lu bagi...mana cukup...






No comments: