Malaysia negaraku,
Malaysia tanah tumpah darahku,
Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai ubi kayu,
kini sudah maju dan bertambah maju,
banyak bangunan sudah mencecah awan biru...
dengan adanya kereta jenama sendiri,
kejayaan telah lama dikecapi,
hasil usaha rakyat setiap hari,
saban hari Malaysia amat dikenali,
dengan pasaran dan teknologi,
yang pesat dan meyakinkan pelabur dari luar negeri...
hasil usaha pemimpin Malaysia,
juga dengan berkat dari Allah Maha Esa,
rakyat jelata yang terdiri daripada berbilang bangsa,
dapat berteduh di bawah satu negara,
negara yang berdaulat gagah dan perkasa,
hidup dalam keadaan aman makmur sejahtera...
seluruh rakyat jelata juga,
dapat menikmati infrastruktur kelas pertama,
yang amat canggih dan selesa,
ini semua hasil usaha keras pemimpin kita,
yang sentiasa berusaha,
untuk terus membangunkan Malaysia di mata dunia,
terima kasih kepada mereka...
Malaysia adalah negara kita,
dimana tempat kita berkerja,
wajiblah kita mempertahankannya,
daripada sebarang ancaman dan malapetaka,
walaupun terpaksa berkorban nyawa,
kerana inilah tanah kita,
satu-satunya tanah yang kita ada...
sama-samalah kita hayati makna merdeka,
merdeka dari segala-galanya,
bukan merdeka hanya dari segi penjajahan negara sahaja,
tetapi merdeka dari minda,
merdeka dari sifat tamak haloba,
marilah kita mempertahankannya,
daripada dijajah kali ke dua...
No comments:
Post a Comment