Wednesday, July 28, 2010

penangan ubat selsema

wow... penangan ubat selsema kuat nak mampus...

kalo sebelum ni aku selsema aku tak makan apa-apa ubat... biar dia baik sendiri je... tapi dah tak tahan sangat... hingus asyik keluar je... dok 2,3 minit, meleleh keluar... hargh3... seb bek hingus jenis jernih... bukan yang pekat hijo punya...

dek kerana tak tahan lagi... malam tu lepas maghrib aku amek la dua bijik ubat selsema yang dibeli di farmasi kat tempat aku... 10 bijik RM15... agak mahal jugak la...

makan dua bijik... lepas tu aku ada meeting... aku pegi la meeting... dok dalam setengah jam dalam meeting tuh, aku nampak bintang... wow... banyak pulak tuh... seb bek tak Nampak pari-pari... kalo tak gerenti aku tergamam... hargh3... pastu aku rasa diri aku ringan giler... seolah-olah terapung di awangan... tapi bukan awan dania... hargh3... memang mcm kena dadah katemin... ( aku pernah makan dadah ke... )

pastu mata pulak suka nak pejam je... memang rasa mengantok tahap cipan... tahan je dari tersengguk-sengguk... nanti orang tengok tak macho la... hargh3... aku tahan je semua dugaan tuh... walopon bes layan perasaan tuh... siyes besss... kalo la aku boleh terbang betul... hargh3... apa-apa pon, tahan je...
1 jam setengah jugak la aku tunggu... lepas tu... meeting pon abis... aku bangun... rasa mcm kaki tak dak siot... ringan je badan... wow... kalo angin tiup sikit pon rasa aku boleh melayang nih... hargh3...

tapi bila aku nak tido atas katil, tak rasa ngantok plak... hampeh btul... tetiba je rasa fresh semacam plak... hargh3...

jadi nasihat aku kepada semua, jangan makan ubat selsema atau ubat batuk atau mana-mana ubat yang mengandungi kuantiti dadah yang tinggi jika hendak memandu... bahaya bai... hargh3...

sekadar gambar hiasan... tolan ubat ni banyak2 gerenti jalan... hargh3...

Tuesday, July 27, 2010

info tentang demam

APA PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM?


1. Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.

2. Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.

3. Daripada hadis Nafi' bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.

4. Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa'ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: "Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.

artikel dicilok dari ~ http://www.smkamiri.bpi.edu.my/joomla/artikelsumbangan/99-demam-percikan-api-neraka

tengok... gua demam ilek je... x de gelabah apa-apa pon... hargh3...

Sunday, July 25, 2010

sebelum dan selepas ~ baik dan buruk 2 minggu

saja nak bagitau baik dan buruk 2 minggu sebelum bukak sem di UTP dan selepas 2 minggu berlalu... ada faham ??? kalo tak faham pi tidoq lagi baguih dari dok bersengkang mata baca post aku nih... hehehe...

aku balik di UTP 2 minggu awal sebelum bukak sem... jadi ada baik dan buruknya...

kebaikkan 2 minggu sebelum sem start ialah ~

1) internet laju tahap cheetah siottt... buffer utube untuk time 10 minit ke atas bawah 5 saat siottt... sodap siot...

2) tak payah nak beratur panjang nak beli makanan di kedai Pak Ali... kedai yang memiliki ayam goreng yang HOT... hargh3... kalah luna maya gua cakap lu beb...

3) tak payah nak berebut bilik air bila nak mandi pagi... ikut suka je nak mandi bopa lama pon... 2 jam, 3 jam... ( mandi ke berendam tuh... )

4) air yang pressure-nya amat tinggi dan begitu damn strong... sodap siottt mandi dengan air bertekanan tinggi... ( bapak skema ayat aku... )

5) boleh bangun ikut suka je bila-bila masa dan tidoq pon ikut suka bila time i like to... lecture tak start lagi... nk gelabah watpa...hargh3... enjoy dulu bro... pepatah baru aku reka... " berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersenang-senang dahulu, bersakit-sakit kemudian "... hargh3...

manakala keburukkannya pula ialah hanya satu perkataan sahaja, iaitu CEMUIH, CEMUIH, dan CEMUIH... dengan rumate tak dak, orang kurang, memang terasa mcm dok di lost town la... lebih kurang macam banda resident evil la... sunyi sepi...mcm tinggal sorang-sorang ja di UTP ni...huhuhu...

*cemuih ialah sama maknga dengan bosan, or in English is boring... cemuih is in lahjah utara... hak3...

keburukkan selepas 2 minggu di UTP pula ialah ~

1) internet tak lagi selaju cheetah, tetapi selaju cipan... cipan lari laju la jgak... tapi tak selaju cheetah... boleh la layan internet laju lagi... syukur2... hehehe... cipan mesti kalah dengan cheetah dalam drag race... ngeee...

2) kena beratur panjang nak beli makan... terutama rush hour... tapi tak pa... no hal la bro... asalkan dapat makan...

3) bilik air kena berebut jugak sikit-sikit... dalam rumah ada 12 orang, bilik mandi ada 2 saja... agak sesak jugak la... tapi no hal... i am fast and furious... mandi 3 minit je... ( mandi ke basuh mata je... arghhh, lantak la... asalkan rambut nampak kemas dan macho.... hargh3... )

4) tekanan air semakin berkurang disebabkan semakin ramai orang menggunakan air pada waktu yang sama, terutama waktu maghrib. ( awat ayat aku jadi smakin skema nih... huhuhu... )

5) lepas ni tak boleh dah la bangun ikut suka, tidoq ikut suka... lecture dan start dah kot yeop.... zzz... kelas kul 8... x pa2... pi dulu... kalo aku lambat, hg tolong la sign untuk aku... esok aku pi sign untuk hg plak... hargh3... teknik kuno yang popular di kalangan pelajar IPT seluruh dunia...

kebaikkannya pula ialah, 2 perkataan....iaitu TAK CEMUIH... hargh3... tak tau kata lawan bagi bosan...letak perkataan 'tak' je belakang tu... hehehe... sebab ramai dah balik... rumate gua pon dah balik... meriah dan semakin meriah... yezzzaaa... tidak lagi terasa diri di ghost town... ngehehehe... semakin ramai penunggang motor dan pemandu kereta berkeliaran di jalan-jalan UTP... huhuhu...

lu mau challenge rambut gua... cannot win la bro...
( gambar tak ada kena mengena dengan post )

Wednesday, July 21, 2010

Anak ku sazali tak boh minyak (version utara)

sumpah lawak.... hargh3....tak boh minyak, tak tukaq kusyen...huhuhu...



setelah lama tak exercise

cuti akhir semester aku hampir sampai ke penghujungnya... pejam celik pejam celik cuti selama hampir 2 bulan dah pon berlalu...(bapak skema ayat aku...)

sepanjang cuti ni, aku tak banyak sangat buat aktiviti lasak. paling lasak pon donwload cerita je la...hargh3... gila mandom...

aku balik 2 minggu awal ke universiti aku sebab ada trening... 1st day trening mau lunyai jugak la... hahaha... badan aku terkejut siot... "eh2, tuan kita lama tak buat vigorous activity, pe hal tiba-tiba dia pi buat plak... buang tebiat ka..." kata badanku...hehehe....

mau taknya, dok di rumah makan tidoq ja... tiba-tiba kena lari, buat trening lasak...hargh3... sementara nak biasa ja... lepas dua tiga hari normal la... kan aku ni tough... no hal la ... kacang buncis je... hargh3...
http://www.smileycodes.info
gila berlagak aku... cramp nnti bru ada akal...hehehe...

boleh aku menurunkn sikit berat badan ak... setelah membuat lemak time cuti...hak3...
menguatkan kembali otot-otot yang telah longgar dek kerana lama bersantai...huhuhu...

lu mau gadoh ??? lai2...

Tuesday, July 20, 2010

orang kata...

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut daripada belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, setengah orang pun berkata;

“Lihat itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”.

Setelah mendengar desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di kawasan itu berkata pula;

“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu”.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi;

“Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan himar itu”.

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun daripada himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata;

“Lihat, dua orang yang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderaikan, membazir”.

Dalam perjalanan ke rumah, Luqman Al-hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya;

“Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan pertimbangan Allah s.w.t sahaja (pandangan manusia yang baik boleh diambil). Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu”




seperti biasa, artikel dicilok dari ~
hehehehe...nak tulis sendiri tak ada idea...
saja nk update blog... tak tau nak tulis apa...huhuhu...

Saturday, July 17, 2010

wong fei hung islam

orang lain dah tau berkurun lama dah... aku baru tau tadi... wakakakaka... terkejut jgak tau dia islam... tapi kebenarannya... wallahua'lam...

___________________________________________________________________
Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China. Dalam film itu, karakter Wong Fei Hung diperankan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Pengobatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu pengobatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik pengobatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengobatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pasien klinik keluarga Wong yang meminta bantuan pengobatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar biaya pengobatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pasien yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pamrih.

Secara rahasia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarinya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung sukses melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang legendaris. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang lolos dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepang), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu niscaya akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli pengobatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berhasil menghajar lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karena ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena istri-istrinya meninggal dalam usia pendek. Setelah istri ketiganya wafat, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Wong Fei-Hung wafat dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

____________________________________________________________________
artikel dicilok dari ~ http://sersankreatif.blogspot.com/2009/08/wong-fei-hung-faisal-hussein-wong.html


ni ha gambar mamat ni... dari google images...huhuhu...

Friday, July 16, 2010

nah.. amek hg


cukup hanya sekali,
tak mungkin berulang lagi,
aku tak mahu mimpi ngeri ini lagi,
mimpi ngeri yang membuatkan aku menggigit jari,
macam kena penampar di pipi...

tu la hg... main-main lagi... kelas suka ponteng... assignment main copy ja... tak pernah wat sendiri... dalam kelas suka tidoq... belajaq last minit... keja dok tengok movie saja... tak tengok movie main game... tak main game tidoq... hargh3... bukannya nak pulun study...

haaa... la ni... padan dgn muka aku... hargh3...(boleh lagi gelak...huhu...)

tak apa... rilex... no hal la... malaikat tak tanya nanti dalam kubur...
"dulu cgpa ko brape kt UTP ? kalo bawah 3, siap... aku benamkan ko dalam tanah..."
tak akan tanya... tak dak dalam al-Quran...

~ abis tu... boleh la main-main lagi ?
kepala hotak hg !!! Allah pun berfirman, kita kena seimbangkan dunia dan akhirat...
ingat, belajar ilmu dunia itu fardu kifayah... orang yang berilmu nilai darjatnya amat tinggi di sisi Allah. dunia pon berjaya, akhirat pon berjaya. habih tu apa yang kita selalu doa lepas setiap kali sembahyang tu... mintak berjaya di dunia dan akhirat...

tak apa... kita kena qana'ah dalam apa jua... berpada-pada... jgn tamak... kita kena tengok orng bawah kita... jgn tengok orng yg atas kita...

~ owh...kalo mcm tu.. boleh la buat ala kadar ja... buat sekadar cukup makan... kalo kita fail... ramai lgi yg fail truk dri kita... mcm tu erk ... kepala hotak hg berjambul !!! mazhab hg memang tak bleh pakai... lingkop...
sesungguhnya Allah menyukai orang yang membuat sesuatu pekerjaan, dibuat dengan bersungguh-sungguh...
jgn kira orng... kira diri hg tu... biaq pi kat depa la... nak truk ke... power ke.. yg penting dri hg...

tak selfish ke tu ???

~ yup... dalam bab ni... memang kena jadi selfish... kalo kwn mnx tolong ajar, ajar la... jgn tak ajar plak... itu sombong namanya...buat setiap pekerjaan sehabis baik...jangan salahkan takdir... kita pasti berjaya...

berjaya dalam bentuk mcm mana? macam tak bleh berjaya ja ... mcm dah tak nampak jalan berjaya dah... semua gelap sja...

~ jangan cepat putus asa dik... gagal sekali, dua kali, tiga kali, tak bermakna kita gagal sampai mati... kita boleh usahakan... yang penting, BERJAYA... result teruk nak mampuih ke, teruk tak mampuih lagi ke, yang penting... jangan terputus dari rahmatNya... sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar...

~apa yang kita dapat, itulah yang terbaik untuk kita... hanya Allah yang tahu what is the best for us, even we do not know what is the best for ourselves.....( uish... speaking plak... hargh3...)

~jangan diungkit kembali apa yang telah berlaku, kalau nak ungkit, amek sebagai pengajaran supaya kita boleh buat yang lebih baik di masa hadapan... faham ???!!!

kalo tak faham jugak, lantak hg la... peduli apa aku... hehehe...


lawa mata dia... mcm mata ak plak... hehehe....

Wednesday, July 14, 2010

cara penyembelihan

adakah kita selalu tertanya-tanya adakah makanan yang kita makan ini datangnya dari sumber yang halal ?

salah satu kreterianya (ejaan mcm x btul je...) adalah cara penyembelihan daging.
daging mestilah datang dari binatang yang halal dimakan dalam Islam. contohnya lembu, kobau, itik, arnab, rusa, pelanduk, ayam, kijang, landak pon boleh je...

binatang-binatang di atas mestilah disembelih dan matinya adalah wajib disebabkan oleh penyembelihan sahaja, bukanlah sebab lain supaya halal dimakan. jika sebab lain dari penyembelihan, maka binatang tersebut mati sebagai bangkai dan haram dimakan.

jika dalam pemburuan, binatang tersebut mati akibat ditembak, maka haram memakan dagingnya kerana ia adalah bangkai.

jika binatang itu terjatuh kedalam telaga atau lubang atau seumpamanya dan tidak boleh disembelih pada lehernya seperti kerana kepalanya terperosok kedalam lubang, maka halal dilukakan pada mana-mana bahagian anggota tubuhnya dengan niat menyembelih.

jika kita menyembelih sehingga terputus kepala, binatang itu masih boleh dimakan. cuma hukumnya adalah makruh.

firman Allah S.W.T. " Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala… "

tetapi, hanya ada dua bangkai yang halal dimakan, iaitu binatang yang mati tanpa peyembelihan. binatang tersebut adalah ikan dan belalang.

Ibnu Umar secara marfu’ mengatakan, “Dihalalkan bagi kami dua bangkai dan dua darah. Dua bangkai itu adalah bangkai ikan dan bangkai belalang. Sedangkan dua darah itu adalah hati dan limpah (hempedu).”

kalau di kedai-kedai, kita tidak tahu adakah lauk ayam atau daging yang kita makan itu halal atau tidak. jadi bersangka baik dan yakin sajalah... ianya halal dari semua aspek...

jika kita ke gerai-gerai fast food seperti kfc, kenny rogers,pizza hut, dan mcd, kita tidaklah usah pergi ke dapur, soal selidik habis-habisan, siasat mengalah JAKIM... tak perlu... asalkan ada logo halal tu, yakinlah bahawa semuanya halal...makanlah dengan senang hati...



wallahua'lam...

untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penyembelihan dan hukum halal haram memakan daging binatang yang diberi makanan haram, boleh la lawati laman ini :

~ http://irqissafinati.blogspot.com/2009/11/sembelihan-dalam-islam.html
~ http://drishak69.blogspot.com/2008/10/bangkai-yang-halal-di-makan-suatu.html

kasih tuhan

Sebuah kitab menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bertanya kepada Iblis, " Wahai Iblis laknatullah, apakah ikhtiar kamu sekarang keatas umatku, sebab aku telah dibangkitkan untuk meneyelamatkan bani Adam daripada kafir kepada beriman kepada Allah S.W.T..."

" Syaitan mahu menyesatkan manusia sejauh-jauh kesesatan."
Surah An-Nisa:60

Iblis mengangkat kepalanya ke hadrat Allah S.W.T, lalu berkata, " Ya Rabbi! Demi kemulian-Mu, aku akan sentiasa bersungguh-sungguh untuk menarik anak Adam melakukan kerja-kerja maksiat selagi mereka masih bernafas, dan hamba akan mencampurkan lelaki dan wanita bercampur gaul secara bebas supaya hamba mencelah di dalamnya."

Kemudian turun firman Allah yang bermaksud, " Hai Mala'un, demi kebesaran-Ku! Bahawasanya Aku akan sentiasa sedia mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka meminta ampun kepada-Ku."

Rasulullah S.A.W bertanya pula, " Wahai Iblis laknat, apa lagi yang engkau musykilkan?" Iblis lalu menjawab, " YA Rasulullah S.A.W, sebenarnya hamba hairan dengan perangai umatmu dalam dua perkara:
1) Mereka mengaku mencintai Allah S.W.T padahal mereka itu taat kepadaku dengan melakukan maksiat,
2) Mereka sangat marah kepadaku, tetapi mereka sentiasa menurut segala hasutanku."

Allah S.W.T berfirman, " Hai Mala'un! Demi kemulian-Ku dan Kebesaran-Ku, sesungguhnya umat Muhammad itu dua kebahagian:
1) Kasih mereka itu kepada-Ku maka Aku jadikan kafarah (penebus dosa) bagi maksiat yang telah mereka lakukan kerana pendayaan kamu,
2) Marah mereka kepada kamu Aku jadikan kafarah bagi maksiat yang mereka lakukan kepada-Ku."

Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya, " Selalulah kamu ucapkan La Ilaha Illallah danberistighfar kepada Allah S.W.T dan banyakkanlah kamu menyebut keduanya itu keranaIblis berkata, " Aku binasakan manusia dengan noda dan dosa dan aku pula dibinasakan oleh manusia dengan La Ilaha Illallah dan istighfar."
Riwayat Abu YA'ala r.a

~ Sumber : Salman Al-Farisi (2009). Himpunan Kisah-Kisah Teladan Siri 1, Kuala Lumpur, Penerbitan Nurulhas

~ artikel dicilok dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2739

hehehe...nak karang sendiri tak berbakat...ahakz...


Tuesday, July 13, 2010

aku menang BMW beb


wahhh... teruja I...
http://www.smileycodes.info



wow !!! BMW bai... ish... bangga mak pak aku nih... nguahahaha...
bukan sonang ni...
http://www.smileycodes.info


Burkina Faso ??? ini lain mcm bunyinya... ni yg ragu-ragu ni...
http://www.smileycodes.info




arghhhhhh... dah2... dok berangan nk dpt BMW plak... dapat beras sekampit pon kira beruntung gila la tu... nguehehehe...

Sunday, July 11, 2010

Hukum Memberi Salam dan Menjawab Salam Orang Bukan Islam

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda:

لا تبدأوا اليهود ولا النصارى بالسلام فإذا لقيتم أحدهم في طريق فاضطروه إلى أضيقه

Maksudnya: “Janganlah kamu mulakan orang-orang Yahudi dan juga orang Nasrani dengan salam. Justeru itu, sekiranya kamu menemui seseorang mereka di jalan tolaklah mereka ke jalan yang paling sempit.

Ulama berbeza pendapat dalam menyelusuri fiqh (kefahaman) hadis ini. Kebanyakan mereka memutuskan bahawa haram memulakan ucapan salam kepada mereka. Sebahagian pula berkata ianya tidak haram tetapi makruh.

Seorang fuqaha iaitu Abu Sa`ad berpendapat, sekiranya seorang muslim ingin memberi ucapan hormat kepada bukan Islam dia boleh melakukannya dengan lafaz yang lain daripada lafaz salam. Contohnya dengan menyebut: (هداك الله ) maksudnya moga Allah memberi hidayah kepada kamu atau (أنعم الله صباحك) maksudnya moga Allah memberi anugerah di waktu pagimu ini. Imam Nawawi menyetujui pendapat ini tetapi dengan tambahan: sekiranya ianya diperlu. Antara contoh ucapannya bagi Imam Nawawi ialah ucapan selamat pagi, pagi yang bahagia, pagi yang baik, moga Allah kurniakan kamu dengan kebahagian di waktu pagi, atau nikmat di waktu pagi dan seumpamanya. Sekiranya tidak perlu maka pilihannya ialah jangan mengucapkan apa-apa.

Pandangan ini bagi saya sesuai diamalkan oleh umat Islam di Malaysia pada hari ini. Mereka boleh menyatakan selamat pagi kepada bukan Islam tanda penghormatan, atau berdoa moga Allah bagi hidayah atau seumpamanya. Ucapan-ucapan ini boleh mendekatkan mereka dengan bukan Islam sebagai satu pendekatan dakwah.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah saw bersabda:

إذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا وعليكم

Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh ahli Kitab, jawablah “wa`alaikum”.
Imam Bukhari pula meriwayatkan daripada Ibn `Umar –radiyallahu `anhuma- katanya; Rasulullah saw bersabda:

إذا سلم عليكم اليهود فإنما يقول أحدهم السام عليك فقل وعليك

Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh Yahudi, mereka hanya menyatakan Assaamu `alaikum (mampuslah kamu), maka jawablah: wa `alaik (dan ke atas kamu juga).
Daripada kedua-dua hadis diatas para fuqaha mengambil hukum apabila seorang muslim diberi salam oleh bukan Islam, jawapan yang diberi ialah wa `alaik atau wa `alaikum (dan ke atas kamu juga).

Imam Mawardi menghikayatkan satu wajah di kalangan ashab Syafie iaitu harus memulakan salam kepada bukan Islam dengan menyebut Assalamu `Alaik sahaja bukannya Assalamu `Alaikum. Begitu juga boleh menjawab salam mereka dengan Wa `Alaikum Salam, tapi tidak menyebut warahmatullah. Imam Nawawi menegaskan bahawa kedua-dua pendapat ini adalah janggal dan ditolak.

Kesimpulan perbahasan di atas ialah ucapan salam adalah ucapan khusus untuk umat islam. Justeru, untuk bukan Islam tidak perlu digunakan lafaz salam tetapi boleh digunakan lafaz-lafaz penghormatan yang lain.

wallahua'lam...




ceh... posa pon tak lagi, berangan nak raya dah... hehehe...
gambar sekadar hiasan...

sunat hai'ah dan sunat ab'adh dalam solat

sunat hai'ah

Sunat Hai'ah merupakan perkara sunat ketika solat yang terdiri daripada 15 perkara:

1. Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)

2. Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.

3. Membaca doa tawujud/iftitah. Doa iftitah ialah:

a) "Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam."

b) (Wajjahtu Wajhiya Lilladhī Faţara As-Samawāti Wa Al-’Arđa Ĥanīfāan Wa Mā ‘Anā Min Al-Mushrikīna, ‘Inna Şalātī Wa Nusukī Wa Maĥyāya Wa Mamātī Lillāhi Rabbi Al-`Ālamīna, Lā Sharīka Lahu, Wa Bidhalika ‘Umirtu Wa ‘Anā Min Al-Muslimīna)

4. Membaca A'uzubillah

5. Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat dan masa-masa yang ditentukan

6. Membaca amin selepas fatihah

7. Membaca surah al-Quran

8. Membaca tasbih ketika rukuk

9. Membaca tasbih ketika sujud

10. Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk

11. Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari kesemuanya

12. Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri

13. Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir

14. Salam yang kedua

Mereka yang tertinggal sunat Hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi tidak seperti mereka yang tertingalkan sunat Ab'adh.

sunat ab'adh

Sunat Ab'adh merupakan perkara sunat ketika solat yang terdiri daripada 7 perkara:

1. Membaca tahiyat awal.

2. Selawat kepada nabi dalam tahiyat awal

3. Duduk tahiyat awal

4. Doa qunut waktu subuh dan pada Solat Sunat Witir.

5. Selawat di dalam qunut

6. Berdiri semasa qunut

7. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyat akhir.

Mereka yang tertinggal sunat Ab'adh, maka disunatkan ia sujud sahwi, tidak seperti mereka yang tertingalkan sunat Hai'ah.

Namun begitu, dalam sunat ab'adh... jika kita sengaja atau tidak sengaja meninggalkan sunat ab'adh, kita hanya disunatkan melakukan sujud sahwi. Jika kita tidak melakukan sujud sahwi dengan sengaja pun, tidak mengapa. Solat kita tetap sah. Kerana hukumnya hanyalah sunat... tapi tak molek lah...hehehe...

wallahua'lam...


please put your hand phone in silent mode. thank you.

Friday, July 9, 2010

tired dan letih

tired of eating...

tired of sleeping...

tired of sitting...

aik... makan pon letih... tidoq pon letih... duduk pon nak letih...

tu la pasai... makan sampai letih... terlebih makan la tu... hehehehe...

sampai tidoq pon letih... terlebih tidoq la maknanya...

duduk pon naik letih... banyak sangat tak bergerak la tu...

biasa la bro... ini la dinamakan cuti... memang cuti habis-habisan... terbaik la...

jangan jadi mcm kucing bwah ni sudah la...huhuhu...

Thursday, July 8, 2010

cuti + germany kalah

cemuih jugak cuti ni...

tapi tak la boring sgt...ada banyak aktiviti jugak...

la... tadi kata cemuih, ni kata tak boring pulak... mana satu yg btoi...

pening, pening...


tambah-tambah lagi GERMANY KALAH... damn...hahaha... siot btoi...

http://www.smileycodes.info

Wednesday, July 7, 2010

petua-petua Imam Syafie

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak bersetubuh

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama


wallahua'lam...



lu mau gadoh...http://www.smileycodes.info

bring it on bebeh...http://www.smileycodes.info

tak ada kaitan dgn artikel di atas...huhuhu...

Tuesday, July 6, 2010

hukum meminum air yang dimasuki semut

Soalan:
Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?

Jawapan:
Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Wallahua’lam

kesimpulannya:

selagi semut yg ada di dalam minuman/makanan itu masuk dengan sendirinya tanpa disengajakan oleh manusia, maka minuman/makanan itu masih boleh diminum/dimakan, tetapi buang la semut tu dulu.

tapi kalau semut tu dimasukkan secara sengaja, contohnya semut ada dalam gula, kemudian kita masukkan ke dalam minuman bersama dgn semut tu tadi, maka hukumnya adalah najis.




jadilah macho sentiasa... huhuhu...
http://www.smileycodes.info

harta yang menguntungkan

cilok je ni... hehehehe...



terbaik dari ladang...http://www.smileycodes.info

yezzzaaa...

Monday, July 5, 2010

anda mengantok ??? amalkan tips ini

anda mengantok atau bosan dengan kehidupan seharian anda ? jangan bimbang. amalkan petua-petua di bawah ini tiap-tiap hari... gerenti hidup anda akan kembali ceria ... malah terlebih ceria sehinggakan anda tidak menyangka anda akan seceria sebegitu rupa... DIJAMIN 100%



1. sengih sorang2... walaupon x dak bnda apa yg lawak...

:devilishgrin:

2. buat pening... wat mata berpinar2... anda akan mrasa pning sbntar...

:hilo:

3. lepas tu gelak kuat2 sorang2... skali lg walopon x dak ap2 yg lwak...

:ahaha:

4. pusingkn kpala anda... ini akn mlncrkn pengaliran drah dlm kpala hotak anda...

:ayokona:

5. mnjerit kuat2 walopn x dak apa yg nk ditakutkn...

:scream:

6. kali ini goygkn kpala anda dgn gaya mnja plak...

:woooh:

7. pergi jmpa kawn anda dan marah kpada mreka tnpda sebb...

:sobrakana:

8. kalu kwn anda marah balik kpada anda.. jgn bmbang...cabar balik kwn anda...

:bringiton:

9. lpas tu wat2 x tau apa yg anda dh lakukan kpada kwn anda...

:ha?:

10. pastu mnx maaf kt kwn anda... dgn wat muka paling brsalah punyerrr...gerenti dia akn maafkn anda...
:puppyeyes:

11. lpas tu, wat gaya macho..seolah2 anda seorang sja yg btul dn hebat... x dak org len sebetul dn shebat anda...

:astig:

12. akhir skali... tumbs up kpada dri anda..krana tlh berjaya mnghilngkn rsa ngntok dn bosan... (kalo hilang....)

:okay:



selamat beramal !!! Photobucket

Sunday, July 4, 2010

lawak tapi pedasss

gambar ni aku ambik dari facebook kawan aku... dia amek mana... tak tau la...




terasa jugak la aku... hehehe... no offense... no offense.... huhuhu...

apa-apa pun germany tetap powerrr... dari zaman hitler sampai sekarang... hargh3...


Saturday, July 3, 2010

Europe beat south america

semalam kita telah saksikan kekalahan salah satu wakil amerika selatan kepada salah satu wakil eropah...

HOLLAND kalahkan BRAZIL...

sebentar tadi kita saksikan sekali lagi kekalahan salah satu wakil amerika selatan kepada salah satu wakil eropah...

GERMANY 4-0 ARGENTINA

4-0 yeop...

siapa sangka... argentina yang amat menyerlah dalam saingan kumpulan telah tumpas ke tangan germany... yang tak ramai sgt yang target untuk kalahkan argentina dalam perlawanan sebentar tadi...

bukan nak taksub...tapi aku bangga germany kalahkan argentina... sebab ada pemain islam dalam pasukan germany... mesut ozil, serdar tasci, dengan sami khedira...

wow... tahniah germany...

Friday, July 2, 2010

brazil KALAH !!! YESSS !!!

yezzzaaa... tumpas juga brazil kepada tgn holland... puas seh tgk brazil kalah...
dengan F.melo score own goal... pastu kena kad merah pulak... package la yeop oiii...

walopon robin van persie tak score... x pa... holland layak pi smei-final... KALAHKAN BRAZIL...long live ARSENAL !!!

ooo yeah...



2
- w.sneijder
- f.melo (own goal)







1
- robinho





hahahaha... sok german lawan ngan argentina plak... wow... what the match....

Thursday, July 1, 2010

fakta-fakta yang menarik (cedok je...)

seperti yang tertera di atas, fakta-fakta di bawah ni aku cedok dari website-website lain... saja nak update... bes jgak baca fakta-fakta ni... kebenarannya aku tak tahu la... tapi boleh diterima akal... layan je la...

1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
tapi kalo bunyi "PRAP" diiringi jeritan kuat, tu tandanya tulang dh patah btul punya...

2. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.
kalo org laki kta kat org pmpuan, "do u love me?"... pikir la dlu, nk angguk ke geleng...

3. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
kalo nk umah kita sntiasa brsih, pakai la pakaian astronaut setiap msa...huhuhu...

4. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
nanti bila minyk dh abis, bleh la PETRONAS start gali emas plak... emas kuning yeop...

5. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
jarak dri perlis pi singapore pon pndek lgi..

6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
patutla yang accident , trlntar d hspital akibt kemalngn, rata-ratanya lelaki...

7. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
kalo langkh ke belakang, mgkin terbalik... jadinya 45 otot kot...ahakz...

8. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
tudia...pengorbnn ibu bapa.... terharu dan sedih siot ak baca... sob3...

9. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
kalo nk save liquid dlm body n x mau dehydration , lebih baik diam... hehehe...

10. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
uish... betul ke ni... abis la orang kidal... u die dlu bro... sorry to say that... hehehe...


11. Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

kalo anda dkejar oleh badk air, jgn lari... lompatlh atas dia... hahaha...

12. Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
ak harap singapore pn bleh berpisah jauh dri MALAYSIA... mnyushkn je... (sentimen2...)

13. Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.
ak dok dlm blik aircond pn dh terketaq-ketaq...

warghhh...tak larat ak nk copy paste ... bnyak lagi... kalo anda brminat... bleh la lawati website ni...

http://0307mckk.tripod.com/id4.html