adakah kita selalu tertanya-tanya adakah makanan yang kita makan ini datangnya dari sumber yang halal ?
salah satu kreterianya (ejaan mcm x btul je...) adalah cara penyembelihan daging.
daging mestilah datang dari binatang yang halal dimakan dalam Islam. contohnya lembu, kobau, itik, arnab, rusa, pelanduk, ayam, kijang, landak pon boleh je...
binatang-binatang di atas mestilah disembelih dan matinya adalah wajib disebabkan oleh penyembelihan sahaja, bukanlah sebab lain supaya halal dimakan. jika sebab lain dari penyembelihan, maka binatang tersebut mati sebagai bangkai dan haram dimakan.
jika dalam pemburuan, binatang tersebut mati akibat ditembak, maka haram memakan dagingnya kerana ia adalah bangkai.
jika binatang itu terjatuh kedalam telaga atau lubang atau seumpamanya dan tidak boleh disembelih pada lehernya seperti kerana kepalanya terperosok kedalam lubang, maka halal dilukakan pada mana-mana bahagian anggota tubuhnya dengan niat menyembelih.
jika kita menyembelih sehingga terputus kepala, binatang itu masih boleh dimakan. cuma hukumnya adalah makruh.
firman Allah S.W.T. " Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala… "
tetapi, hanya ada dua bangkai yang halal dimakan, iaitu binatang yang mati tanpa peyembelihan. binatang tersebut adalah ikan dan belalang.
Ibnu Umar secara marfu’ mengatakan, “Dihalalkan bagi kami dua bangkai dan dua darah. Dua bangkai itu adalah bangkai ikan dan bangkai belalang. Sedangkan dua darah itu adalah hati dan limpah (hempedu).”
kalau di kedai-kedai, kita tidak tahu adakah lauk ayam atau daging yang kita makan itu halal atau tidak. jadi bersangka baik dan yakin sajalah... ianya halal dari semua aspek...
jika kita ke gerai-gerai fast food seperti kfc, kenny rogers,pizza hut, dan mcd, kita tidaklah usah pergi ke dapur, soal selidik habis-habisan, siasat mengalah JAKIM... tak perlu... asalkan ada logo halal tu, yakinlah bahawa semuanya halal...makanlah dengan senang hati...
wallahua'lam...
untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penyembelihan dan hukum halal haram memakan daging binatang yang diberi makanan haram, boleh la lawati laman ini :
~ http://irqissafinati.blogspot.com/2009/11/sembelihan-dalam-islam.html
~ http://drishak69.blogspot.com/2008/10/bangkai-yang-halal-di-makan-suatu.html
No comments:
Post a Comment