Tuesday, July 6, 2010

hukum meminum air yang dimasuki semut

Soalan:
Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?

Jawapan:
Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Wallahua’lam

kesimpulannya:

selagi semut yg ada di dalam minuman/makanan itu masuk dengan sendirinya tanpa disengajakan oleh manusia, maka minuman/makanan itu masih boleh diminum/dimakan, tetapi buang la semut tu dulu.

tapi kalau semut tu dimasukkan secara sengaja, contohnya semut ada dalam gula, kemudian kita masukkan ke dalam minuman bersama dgn semut tu tadi, maka hukumnya adalah najis.




jadilah macho sentiasa... huhuhu...
http://www.smileycodes.info

2 comments:

Farhana Aziz said...

azpo,kalo time nk mnum br nmpk ade semut tp kite xtaw cmne die bole ade kt c2 camne?

asparagus malaysia said...

huhu..amek konklusi pertma... tnpa disengajkn oleh mnusia...buang semut tu dlu, pastu bru mnum...huhuhu...