sunat hai'ah
Sunat Hai'ah merupakan perkara sunat ketika solat yang terdiri daripada 15 perkara:
1. Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)
2. Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
3. Membaca doa tawujud/iftitah. Doa iftitah ialah:
a) "Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam."
b) (Wajjahtu Wajhiya Lilladhī Faţara As-Samawāti Wa Al-’Arđa Ĥanīfāan Wa Mā ‘Anā Min Al-Mushrikīna, ‘Inna Şalātī Wa Nusukī Wa Maĥyāya Wa Mamātī Lillāhi Rabbi Al-`Ālamīna, Lā Sharīka Lahu, Wa Bidhalika ‘Umirtu Wa ‘Anā Min Al-Muslimīna)
4. Membaca A'uzubillah
5. Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat dan masa-masa yang ditentukan
6. Membaca amin selepas fatihah
7. Membaca surah al-Quran
8. Membaca tasbih ketika rukuk
9. Membaca tasbih ketika sujud
10. Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk
11. Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari kesemuanya
12. Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri
13. Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir
14. Salam yang kedua
Mereka yang tertinggal sunat Hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi tidak seperti mereka yang tertingalkan sunat Ab'adh.
sunat ab'adh
1. Membaca tahiyat awal.
2. Selawat kepada nabi dalam tahiyat awal
3. Duduk tahiyat awal
4. Doa qunut waktu subuh dan pada Solat Sunat Witir.
5. Selawat di dalam qunut
6. Berdiri semasa qunut
7. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyat akhir.
Mereka yang tertinggal sunat Ab'adh, maka disunatkan ia sujud sahwi, tidak seperti mereka yang tertingalkan sunat Hai'ah.
Namun begitu, dalam sunat ab'adh... jika kita sengaja atau tidak sengaja meninggalkan sunat ab'adh, kita hanya disunatkan melakukan sujud sahwi. Jika kita tidak melakukan sujud sahwi dengan sengaja pun, tidak mengapa. Solat kita tetap sah. Kerana hukumnya hanyalah sunat... tapi tak molek lah...hehehe...
wallahua'lam...
please put your hand phone in silent mode. thank you.
2 comments:
owh, patutla kadang2 aku dok nampak org rukuk ngan sujud sat sgt, bacaan tasbihnya sunat. Btw, tq for this info...
huhu..welcome2...
Post a Comment