Sebuah kitab menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bertanya kepada Iblis, " Wahai Iblis laknatullah, apakah ikhtiar kamu sekarang keatas umatku, sebab aku telah dibangkitkan untuk meneyelamatkan bani Adam daripada kafir kepada beriman kepada Allah S.W.T..."
" Syaitan mahu menyesatkan manusia sejauh-jauh kesesatan."
Surah An-Nisa:60
Iblis mengangkat kepalanya ke hadrat Allah S.W.T, lalu berkata, " Ya Rabbi! Demi kemulian-Mu, aku akan sentiasa bersungguh-sungguh untuk menarik anak Adam melakukan kerja-kerja maksiat selagi mereka masih bernafas, dan hamba akan mencampurkan lelaki dan wanita bercampur gaul secara bebas supaya hamba mencelah di dalamnya."
Kemudian turun firman Allah yang bermaksud, " Hai Mala'un, demi kebesaran-Ku! Bahawasanya Aku akan sentiasa sedia mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka meminta ampun kepada-Ku."
Rasulullah S.A.W bertanya pula, " Wahai Iblis laknat, apa lagi yang engkau musykilkan?" Iblis lalu menjawab, " YA Rasulullah S.A.W, sebenarnya hamba hairan dengan perangai umatmu dalam dua perkara:
1) Mereka mengaku mencintai Allah S.W.T padahal mereka itu taat kepadaku dengan melakukan maksiat,
2) Mereka sangat marah kepadaku, tetapi mereka sentiasa menurut segala hasutanku."
Allah S.W.T berfirman, " Hai Mala'un! Demi kemulian-Ku dan Kebesaran-Ku, sesungguhnya umat Muhammad itu dua kebahagian:
1) Kasih mereka itu kepada-Ku maka Aku jadikan kafarah (penebus dosa) bagi maksiat yang telah mereka lakukan kerana pendayaan kamu,
2) Marah mereka kepada kamu Aku jadikan kafarah bagi maksiat yang mereka lakukan kepada-Ku."
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya, " Selalulah kamu ucapkan La Ilaha Illallah danberistighfar kepada Allah S.W.T dan banyakkanlah kamu menyebut keduanya itu keranaIblis berkata, " Aku binasakan manusia dengan noda dan dosa dan aku pula dibinasakan oleh manusia dengan La Ilaha Illallah dan istighfar."
Riwayat Abu YA'ala r.a
~ Sumber : Salman Al-Farisi (2009). Himpunan Kisah-Kisah Teladan Siri 1, Kuala Lumpur, Penerbitan Nurulhas
~ artikel dicilok dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2739
hehehe...nak karang sendiri tak berbakat...ahakz...
3 comments:
syabas azfar...
ustaz aspo!
kabare?
thnx utk tazkirah ni...
hazwan : huhu.. ak copy je... dri i luv islam.... mcm best je artikel nih....ngeeee.....
abg nash : huhu... sya sehat.... sya copy je abg.. mcm menarik je artikel... huhu...mai r utp.. rindu ar...hhihi.....
Post a Comment