Wednesday, April 28, 2010

berubah-ubah...

untuk sekadar berkongsi...

pernah merasa perasaan itu berubah-ubah...

contohnya pada suatu masa kita merasa mcm nak buat sesuatu perkara dengan HIGH nya... rasa SEMANGAT yang menjulang tinggi... pada masa itu sahaja...

tetapi bila dua, tiga hari, memikirkan balik... kadang-kadang timbul rasa lain pula...
timbul rasa malu, " awat la aku buat mcm tuh... malu rasanya pulak..."

dalam sesuatu masa kita melakukan sesuatu perkara tanpa kita fikir bnyak...dalam bahasa ringkas... pakai main redah je....
tapi, bila difikirkan balik... kadang-kadang timbul rasa menyesal, lawak, malu...

kadang-kadang bila termenung mengenangkan perbuatan yg telah dilakukan...
tergelak la sorang-sorang..." mcm mana la aku bleh wat perkara tu...."
kadang-kadang rasa marah pada diri sendiri pon ada jugak...."kalaulah aku x wat mcm ni, mesti perkara ni x jadi..aishhh..."

tapi, apakan daya... perkara dah lepas... nasi sudah jadi bubur... masa x dpt diundurkan kembali...

tetapi, kadang-kadang perasaan itu boleh membuatkan kita semakin rapat dengan seseorang... contohnya sahabat atau ahli keluarga...

kadang-kadang bila kita bersemuka dengan seseorang dan mengenangkan kembali apa yg kita dah lakukan kepada dia, baik atau pon buruk... rasa nk tergelak pon ada...
control macho...control macho...


kadang-kadang dalam situasi sedih...kita menangis... menangis depan khalayak ramai... depan insan yg kita kenal... masa itu memang lega... dapat sokongan dari mereka...

tetapi, bila bali...memikirkan semula...wargh !!! MALU SIAL !!! hahaha...
walaupon pada mereka tidak memandang sebegitu rupa...hanya kita sahaja yg perasan...huhuhu..



walau apa-apa pon yg terjadi... hidup mesti diteruskan...

Monday, April 26, 2010

dia kekasih ALLAH...

selawat dan salam kepada NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

selawat dan salam kepada NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

-HIJJAZ RECORDS - DIA KEKASIH ALLAH-



- waktu ku termenung di pagi buta semalam,
menikmati keindahan pagi sebelum subuh,
tiba-tiba ja ku terdengar nasyid ni,
entahlah sapa la yang pasang nasyid ni,
dah la tuh...siap ulang pulak tu...2-3 kali,
terasa sayu, pilu, dan terharu pulak ku mendengarnya,
ku pon x tahu kenapa perasaan itu tiba-tiba datang,
mungkin kerana liriknya yang berdesup menusuk kalbu,
ku memang menghayati liriknya dengan penuh syahdu...


selawat dan salam kepada NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

Friday, April 23, 2010

selamat enjoy....

kepada abang-abang,
kepada kakak-kakak,
dan kepada sahabat-sahabat,

yang akan pergi ke SUNGAI itek hari sabtu ni... semoga enjoy... dan semoga selamat semuanya...

selamat pergi dan selamat pulang kembali...

kata abang sorang ni, di SUNGAI tu... x de buaya, mengkarung, mahupun biawak...
tapi ada piranha dengan anaconda... jaga-jaga la... kalo makanan dah abis, tangkap je binatang tu... wat salai... anaconda salai pon sodap jugak ditelan...

tapi kalo susah nak tangkap binatang tuh... ramai lagi yg ada kat situ... salai je diorang... hakhakhak...lawak je... no offense...

akhir kata ... semoga selamat semuanya berpicnic di SUNGAI itek...

enjoyyy... yezzzaaa...



kat SUNGAI tu ada bunga ni...try la cari... hahahahahaha...

p/s: awat la aku p buh gmbq bunga rose nih... x kena lgsung dgn entry... wargh3... lantakla...

Thursday, April 22, 2010

sekadar nukilan...

Kadang-kadang aku hairan dan tertanya-tanya,
Dengan ketentuanNYA,
Tetapi begitulah qada’ dan qadarNYA,
Mungkin ada hikmah disebaliknya...

Kau...

Tanpa kau sedari,
Kau telah membuatkan aku semakin dekati,
Dekat dengan ALLAH YA RABBI,
Tanpa perlu aku turuti...

Tanpa sedar kau telah banyak mengajarku,
Untuk menerima sesuatu yang berlaku,
Tanpa ada rasa ragu-ragu,
Dengan takdir YANG MAHA SATU...

Tanpa sedar kau telah banyak mengajarku,
Untuk lebih menyayangi dan menghargai,
Kedua ibu bapaku,
Setelah aku lena dibuai mimpi,
Mimpi yang tak akan wujud dalam hidupku...

Tanpa sedar kau telah banyak mengajarku,
Erti persahabatan yang hakiki,
Menjalani kehidupan yang penuh dengan liku,
Menempuh hidup dengan penuh berani...

Tanpa sedar kau telah banyak mengajarku,
Erti sebenar sebuah keluarga,
Keluarga yang bersatu-padu,
Yang penuh hilai dan tawa...

Tetapi sayangnya,
Dirimu umpama awan yang terbuka,
Mustahil bagiku untuk menggapainya,
Kerana terlalu tinggi nilai dirimu sebenarnya...

Aku sedar siapalah diriku,
Aku sedar jua siapa dirimu,
Tiada lagi ruang bagiku,
Untuk menumpang di hatimu...

Ramalanku benar belaka,
Diakhirnya aku parah jua,
Akibat memikirkannya,
Akan aku beri peluang kepadanya,
Semoga berbahagia selamanya...




Albaqarah ayat 216:

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ
يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”




p/s: sekadar coretan rasa hati dikala kebosanan...

nak studi vc, study week ada
nak studi solid mech, dah hebat dah...hahaha...
nak studi IS, bnyak masa lagi ada
nak studi fluid mech, coursemate semua layan cita korea je
nak studi geolgy, arghh....dah muak... tengok batu je
nak studi geomatics, x tahu nak baca apa

... hahaha...

...no offense... tidak dituju kepada sesiapa atau apa-apa pon... bak kata abg sorang nih...
"PEACE... NO WAR"

Monday, April 19, 2010

bercampur -baur... -^_^-

Alhamdu Lillah... semuanya sudah selamat berlalu... tanpa ada apa-apa kemalangan jiwa atau pon harta... hahaha...

pada mulanya memang rasa berat kaki dan hati ini... untuk melangkah pergi...


tetapi, keadaan mula berubah sedikit demi sedikit... rasa ceria dan gembira mula menyelubungi hati... bersama kawan-kawan...

pada mulanya memang rasa sebak di hati ini... untuk melangkah pergi...


sepanjang perjalanan asyik terbayang-bayang wajah mak abah saja... tangan sentiasa di mulut saja... menahan sebak di dada... tetapi, rasa itu kian hilang apabila dapat dengar suara mereka... walaupon x dapat bersemuka...

melihat pantai dipukul ombak,
dengan angin yang mendayu-dayu,
membuatkan hatiku rasa bergolak,
ditambah rasa sayu...

melihat daun ditiup angin kencang,
burung-burung berkicauan dengan riangnya,
membuatkan hatiku tenang,
memikirkan kekuasaanNYA...


walau apa pon yang telah berlaku,
sedang berlaku,
dan akan berlaku,
akan akan cuba untuk terus... -^_^-

terima kasih sahabat-sahabat di sini dan juga di sana...

Thursday, April 15, 2010

ingin sekali... : (

sekadar luahan rasa hati...

minta maaf mak...
minta maaf abah...
anakmu x dapat pulang ke rumah di kala cuti ini...
walaupon sudah kita rancang...
tetapi Allah yang menentukan...

terasa rindu yang amat sekali...

ingin sekali aku meratap wajah mereka...
ingin sekali aku menendengar suara mereka...
ingin sekali aku mencium tangan mereka...

anakmu ini sedar... hanya diri ini sajalah yg mak abah ada...
anakmu ini sedar... hanya diri ini sajalah segala kasih sayang dicurahkan...
anakmu ini sedar... hanya diri ini sajalah segala pengorbanan dilakukan...

terasa rindu yang amat sekali...




ingin aku mendengar suara mereka dikala terjaga...
ingin aku melihat wajah mereka dikala terjaga...

wajah yg membuatku suka dikala duka...
wajah yg membuatku tenteram dikala tenggelam..
wajah yg membuatku terharu dikala sayu...
wajah yg membuatku menyerlah dikala gundah...

akulah kaca, akulah permata...
akulah racun, akulah penawar...
akulah suka, akulah duka...

bagi mereka berdua...



terasa rindu yang amat sekali...

berbuatlah baik kepada kedua ibu bapamu selagi mereka masih bernafas...

pesanan...



aku menulis post ni untuk pesan kepada diri saya dan juga sahabat-sahabat saya...

jadilah orang yg bijak dalam hidup ini...

bijak membezakan antara hak dan batil.
bijak membezakan antara kaca dan permata.
bijak membezakan baik dan buruk.

jangan mengambil sesuatu keputusan oleh kerana dorongan hawa nafsu atau emosi semata-mata...

kelak akan terima padah...

jadilah orang yang pemaaf...

sesungguhnya, orang yang paling kuat antara kamu, ialah orang yang dpt menahan rasa marahnya...

jangan simpan dendam, kerana ia ibarat barah, semakin hari semakin menular, semakin sakit, semakin parah, semakin terseksa... maafkan kesalah insan....

itulah ajaran Ilahi...

lapangkan hati untuk menerima segala qada' dan qadarNya... baik mahupun buruk...

setiap derita ada nikmat, walaupon tak dapat dilihat dengan mata kasar...

jagalah percakapan... kerana mungkin dalam percakapan tanpa kita sedar, telah melukakan hati insan lain...

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...


setiap masalah ada jalan penyelesaiannya... jika kita bersabar, masalah yg besar akan menjadi kecil...

Monday, April 12, 2010

terima kasih sahabat.



syukur ku ke hadrat Ilahi.. dikurniakan teman sejati...

ntah mengapa semangat aku pulih kembali... bila bergaul dgn kamu semua.... gelak sama-sama... buat lawak sama-sama..... hati ku kembali riang... walaupon semalam aku memang DAMN DOWN.... mungkin ada nur kot kat wajah kamu semua... hahaha....

aku terfikir....hilang sahabat-sahabat lebih perit dari hilang kekasih...

kena pulau dgn sahabat-sahabat, lebih teruk dari kena pulau dgn kekasih...

oleh itu.. aku berazam.. insya Allah aku akan jaga hubungan sesama kita, kalau ada rezeki..hingga roh terpisah dari jasad...


tanpa sedar, kamu semua la yang membuatkan aku trus berdiri di dalam persatuan ini... tanpa kamu semua, mungkin aku akan terus berdiri, tetapi tidak seaktif sekarang...

kamu semua la yg memberi sumber kekuatan kepada aku...

Monday, April 5, 2010

alhamdu lillah...biarla.....

Alhamdu Lillah..majlis pelancaran kelas kemahiran PSSCM Perak telah berlangsung.... jaya ke x jaya ke, sudah lepas.... huhuhu... jaya la jgak..objektif tercapai.... tapi, tugas aku masih x selesai lagi.... adoi.... mana la aku nk dapat meja n krusi untuk test nanti....10 april nih.... dah la time tu educamp... mesti la pihak universiti akan mengutamakan kem tu... yg tu je la masalah yg x selesai lagi...

penginapan, makanan semuanya sudah selsesai.. borang pon dah selesai..hahaha... borang.....diseibabkan borang, aku sampai bilik pkul 2.30...seb bek la ada beberapa oarng sahabat, abang2 sanggup tunggu aku..walopon esok tu depa ada kelas pkul 8 pagi.... terharu yg amat sangat.. terima kasih banyak2... huhuhuhuhu....

susah jugak la jadi ketua kelas kemahiran nih..( tu la..sapa suruh wat keja sorang2...) kata seorang abang aku.... hehehe.. memang serius boleh gila kalo wat keja sorang2.... hahaha... aku pon dah naik gila dah nih pikiaq masalah meja n krusi ni...manalah aku nak cari.. x kan nak bagi biro2 ujian catiti markah atas lantai..adusssssss....eeeeeiii...sabar2.... mesti ada jalan penyelesaiannya... huhuhu

sekarang nih.. erm.... ntah la... nak wat apa lagi erk.... nak study...fuh..cakap pasal bab study.. serius beb...sem ni study aku memang LOST!!! TOTALLY LOST!!! tapi seb bek la markah test lebih 70%...huhuhu..
bleh la hidup lagi... kadang2, aku pon tertanya-tanya..." apa la yang aku belajaq sem ni"....tapi bila esoknya nk quiz...study last minit punya..fuh... memang ilmu masuk macam ayaq...alhamdu lillah.... boleh la survive..walaupon x dapat A solid... huhuhu...

tapi x apa... kata2 seorang abang aku yg lain.." org yang faham perjuangan ni, lain sikit.." hakhakhak... biarlah... buatlah kerja ikhlas kerana Allah.. walopon terpaksa korban kelas..huhu.. kenapalah aku sorang saja budak civil 1st year 2nd sem yg ada dalam persatuan ni...kalo x, bleh la jgak mnx tolong sign... sebab ada la jgak org yg faham tugas aku... huhuhu.. x pe la..ada hikmahnya aku lone ranger... huhuhu....

teringat kata2 seorang lagi abang aku yg lain..(banyak btoi abang..) "kerja dalam persatuan ni menyediakan diri kita untuk menempuh hidup di luar sana atau di alam pekerjaan yang lebih mencabar dan KEJAM"....memang btul cakap abang sorang nih... di luar sana, x dak sapa yg tahu..sapa yg suka kita, sapa yg benci kita... sapa kawan kita, sapa musuh kita, dan yang paling berbahaya, sapa MUSUH DALAM SELIMUT kita... memang bahaya...depan bukan main baik..belakang perangai mengalahkan binatang... tapi x pe la..dah lepas...biarlah...

sekarang, focus untuk 9 n 10 april...dan insya Allah, aku akan terus setia dalam persatuan walau apa pon dugaan mendatang..kerana aku dah x dak apa2 persatuan lgi yang ngam dengan jiwa aku... perjuangan aku belum berakhir walaupon selepas 10 april ini....

dan insya Allah...selagi hayat dikandung badan, aku akn terus memberi komitmen kepada persatuan ini........

( biarlah aku merahsiakan persatuan apa yang aku maksudkan...)huhuhu....