Monday, April 26, 2010

dia kekasih ALLAH...

selawat dan salam kepada NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

selawat dan salam kepada NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

-HIJJAZ RECORDS - DIA KEKASIH ALLAH-



- waktu ku termenung di pagi buta semalam,
menikmati keindahan pagi sebelum subuh,
tiba-tiba ja ku terdengar nasyid ni,
entahlah sapa la yang pasang nasyid ni,
dah la tuh...siap ulang pulak tu...2-3 kali,
terasa sayu, pilu, dan terharu pulak ku mendengarnya,
ku pon x tahu kenapa perasaan itu tiba-tiba datang,
mungkin kerana liriknya yang berdesup menusuk kalbu,
ku memang menghayati liriknya dengan penuh syahdu...


selawat dan salam kepada NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

1 comment:

seseorang said...

hoooooooohhhhhhhhhh