Thursday, April 22, 2010

sekadar nukilan...

Kadang-kadang aku hairan dan tertanya-tanya,
Dengan ketentuanNYA,
Tetapi begitulah qada’ dan qadarNYA,
Mungkin ada hikmah disebaliknya...

Kau...

Tanpa kau sedari,
Kau telah membuatkan aku semakin dekati,
Dekat dengan ALLAH YA RABBI,
Tanpa perlu aku turuti...

Tanpa sedar kau telah banyak mengajarku,
Untuk menerima sesuatu yang berlaku,
Tanpa ada rasa ragu-ragu,
Dengan takdir YANG MAHA SATU...

Tanpa sedar kau telah banyak mengajarku,
Untuk lebih menyayangi dan menghargai,
Kedua ibu bapaku,
Setelah aku lena dibuai mimpi,
Mimpi yang tak akan wujud dalam hidupku...

Tanpa sedar kau telah banyak mengajarku,
Erti persahabatan yang hakiki,
Menjalani kehidupan yang penuh dengan liku,
Menempuh hidup dengan penuh berani...

Tanpa sedar kau telah banyak mengajarku,
Erti sebenar sebuah keluarga,
Keluarga yang bersatu-padu,
Yang penuh hilai dan tawa...

Tetapi sayangnya,
Dirimu umpama awan yang terbuka,
Mustahil bagiku untuk menggapainya,
Kerana terlalu tinggi nilai dirimu sebenarnya...

Aku sedar siapalah diriku,
Aku sedar jua siapa dirimu,
Tiada lagi ruang bagiku,
Untuk menumpang di hatimu...

Ramalanku benar belaka,
Diakhirnya aku parah jua,
Akibat memikirkannya,
Akan aku beri peluang kepadanya,
Semoga berbahagia selamanya...




Albaqarah ayat 216:

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ
يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”




p/s: sekadar coretan rasa hati dikala kebosanan...

nak studi vc, study week ada
nak studi solid mech, dah hebat dah...hahaha...
nak studi IS, bnyak masa lagi ada
nak studi fluid mech, coursemate semua layan cita korea je
nak studi geolgy, arghh....dah muak... tengok batu je
nak studi geomatics, x tahu nak baca apa

... hahaha...

...no offense... tidak dituju kepada sesiapa atau apa-apa pon... bak kata abg sorang nih...
"PEACE... NO WAR"

12 comments:

MINDA MELAYU said...

wahai asparagus.ko mmg suke tlis entry cmni kn?hehe..rlak r bro..ko lalu je idup ini sbgaimane ko lalu skrg.bruntung gak ko ade abg2 n kak2 rmai2 wlaupn ko xde abg dn kak...ko jgn fkir ler bnde2 cmni.rlak2 je dlu..sbb segale ssuatu y brlaku itu atas kehendak dn inzinNya.even ko nk tlis lam blog ni pn sme.so lpak yer...

yo bro wassap..

p/s:klu ko cr gaduh lg ngan aku, aku pn gaduh gak ngan ko..hehehe

asparagus malaysia said...

sob2...terharu patik mendengarnya...hahaha... jom kita gaduh..mgkin bleh hilang rasa sedih saya..hahha....

Dain~ said...

ak dah agak dah ko akn posting bnda ni...

(siapa la yang dah bukak hati ko utk menulis secara berpuitis ni...ak tertanya-tanya...)

MINDA MELAYU said...

oo...ko nk ajk aku gaduh sbb nk hilangkn rs sdih ko le yer..ptt le briye2 nk gaduh ngan aku..

asparagus malaysia said...

dain : toyol barangkali..x pon jembalang..waa..manyak takut...hahaha....

minda melayu : jom la..aku dh stretching dah nih...hahhaa..

MINDA MELAYU said...

ko ni btul2 ke nk jmpe aku dpan2 ni??

asparagus malaysia said...

yeah...mlm ni...pkul 12 di dpn kopetro usm...aku tggu ko sana..kalo ko x datng...ko bukn anak jntan.... aku serius....

MINDA MELAYU said...

aku no hal..ok jer..tp btul ke.nnt kang aku dtg ko xder lak..xpsl2 aku kne tipu..

asparagus malaysia said...

betul2..aku aka ada di sna...ingt... depan kopetro usm..aku tggu....

asparagus malaysia said...

woi...ubah time....pkul 3 pgi......

MINDA MELAYU said...

kul 3???ape kes kul 3 pg??mase utk tido ler..

asparagus malaysia said...

arghhh....ko nk datang datang..x nak sudah..apa2 pon aku akan tggu di sna....