Thursday, April 15, 2010

pesanan...



aku menulis post ni untuk pesan kepada diri saya dan juga sahabat-sahabat saya...

jadilah orang yg bijak dalam hidup ini...

bijak membezakan antara hak dan batil.
bijak membezakan antara kaca dan permata.
bijak membezakan baik dan buruk.

jangan mengambil sesuatu keputusan oleh kerana dorongan hawa nafsu atau emosi semata-mata...

kelak akan terima padah...

jadilah orang yang pemaaf...

sesungguhnya, orang yang paling kuat antara kamu, ialah orang yang dpt menahan rasa marahnya...

jangan simpan dendam, kerana ia ibarat barah, semakin hari semakin menular, semakin sakit, semakin parah, semakin terseksa... maafkan kesalah insan....

itulah ajaran Ilahi...

lapangkan hati untuk menerima segala qada' dan qadarNya... baik mahupun buruk...

setiap derita ada nikmat, walaupon tak dapat dilihat dengan mata kasar...

jagalah percakapan... kerana mungkin dalam percakapan tanpa kita sedar, telah melukakan hati insan lain...

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...


setiap masalah ada jalan penyelesaiannya... jika kita bersabar, masalah yg besar akan menjadi kecil...

4 comments:

Nash said...

berdesup menusuk kalbu!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

kalbu itu ibarat permata... jagalah ia sebelum hilang sinarnya.. ( mcm harreeemm)..hakhak..

Ayien said...

wa~~ terharu ak membacanya...